Takut Makan Coklat Sebab Jerawat?

COKLAT, salah satu manisan paling popular di kalangan anak kecil hinggalah warga tua.

Namun, di sebalik keenakannya, terdapat banyak rumors mengatakan coklat boleh menyebabkan jerawat. Ini pasti membuatkan sebilangan orang berasa takut untuk terus makan coklat.

Namun, ada berita baik! Tidak ada kajian yang mengeluarkan coklat adalah penyebab kemunculan jerawat.

Ini bermaksud bahawa makan coklat sekali-sekala tidak akan menyebabkan jerawat.

Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai masalah jerawat anda digalakkan untuk makan coklat gelap atau coklat.

Kerana coklat gelap atau coklat mempunyai kandungan koko lebih banyak serta tidak berisiko untuk mendapat jerawat berbanding mereka yang makan coklat susu biasa.

Coklat gelap juga mengandungi kandungan gula dan susu yang rendah.

Sebenarnya pelbagai punca boleh menjadi sebab munculnya jerawat. Jadi seeloknya disarankan agar berjumpa dengan pakar kulit untuk tahu lebih lanjut.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment