Permintaan Coklat Cecah 100 Tan, Chocodap’s Buka Satu Lagi Gudang!

Alhamdulillah Chocodap’s kini melangkah setapak lagi ke depan dengan berdirinya warehouse kedua di Sendayan Baru, Negeri Sembilan.

Inisiatif ini bagi melancarkan lagi proses penghasilan sehingga penjualan dalam masa sama berharap agar perniagaan Chocodap’s lebih berkembang di masa akan datang.

Menurut Co Founder Chocodap’s, Encik Farhan Zainuddin, syarikat memerlukan lokasi lebih luas untuk meletakkan produk sebelum diserah kepada agen.

“Kita perlukan storage 100 tan coklat sebulan. Langkah pertama untuk Chocodaps berada di seluruh negeri.

“Doakan Chocodaps terus berkembang maju,” katanya.

Syarikat juga memahami agar kakitangan perlu bekerja di ruangan lebih selesa bersesuaian dengan kapasiti produk sedia ada.

Kepada yang berminat untuk sertai sebagai agen, anda boleh hubungi Chocodap’s HQ hari ini.

Chocodap’s, lebih dari sedap 😉

Comments

  • Siti hafidah
    10/01/2020 at 8:28 PM

    Chocodaps sangat sangat membantu para suri rumah tangga dalam menjana income dan dapat memenuhi masa yang terbuang..saya sangat berterima kasih kepada syarikat chocodaps kerana memberi peluang ini.

Add a comment