Rajin Ketawa, Makan Coklat Rahsia Hidup Bahagia

Ramai daripada kita mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia dan tenang. Siapa je yang tak nak kan?

Ada orang bahagia mempunyai wang yang banyak, ada yang bahagia dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Nak tahu tips-tips berguna yang boleh diaplikasikan untuk sentiasa tenang dan bahagia, jom tengok list ini!

1. Tidur dan rehat yang cukup

Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita. Sebaik-baiknya anda harus mendapat waktu tidur lapan jam sehari untuk kembali bertenaga pada keesokan hari.

2. Rajin senyum dan ketawa

Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stres, meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang tampil lebih awet muda.

3. Berfikiran positif

Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada kelebihan dan kelemahannya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain. Buka hati dan minda anda seluasnya ya!

4. Amalkan pemakanan yang sihat

You are what you eat! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya. Jadi, hidup anda akan kekal tenang dan bahagia tanpa diselebungi perasaan bimbang menghidapi sebarang penyakit berbahaya.

5. Makan Coklat!

Ini antara tips paling mudah. Makan coklat tapi makan dalam kadar berpada-pada ya. Menerusi kajian pakar kimia dari Jerman, amalan makan coklat baik kerana dapat merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi.

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan Chocodap anda hari ini untuk kehidupan yang lebih tenang dan bahagia!

Comments

  • US Tramadol 100mg
    09/26/2020 at 10:16 PM

    Very informative

Add a comment