Makin rancak berniaga, Suriani Ibrahim mengaku bertambah seronok berniaga di booth.
Kali ini, Suriani @ Kak Su memilih booth 1 bulan di Mydin Mall Dataran Austin, Kuala Terengganu.
Tambah Suriani, sambutan hebat diterima sejak dibuka pada Mac 2022.
“Ramai orang datang singgah booth kak Su. Lebih kurang 5-6 kilogram coklat terjual dalam sehari. Alhamdulillah. Syukur sangat.
“Sebab itu juga saya kena selalu restock coklat sejak buka booth. Kalau hari-hari macam ni, rasa nak buka sepanjang tahun pula,” katanya sambil ketawa.
Tambah Kak Su, booth Chocodap’s di lokasi kali ini akan berakhir pada 2 Julai.
“Sehari enam kilogram coklat, 30 hari Insha Allah akan habis terjual 180 kilogram Chocodap’s. Doa doakan ya semua,” katanya.
Tambah Kak Su yang masih bekerja di jabatan kewangan sebuah Universiti di Kuala Terengganu, dia gembira apabila namanya berada di tempat pertama sebagai top achiever untuk Jun 2022. Bila buka booth memang boleh capai top achiever.
Jualan peribadi keseluruhan mencecah RM 5060 pada bulan ini. Tahniah Kak Suriani!