Rezeki menetap di tempat sejuk, Zarina Bakar @ Ina bersyukur lokasi kediaman memudahkannya berniaga coklat.
Kongsi Ina yang menetap di Cameron Highland sejak 2003 kerana mengikut suami bertugas di sana, dia gembira berpeluang mulakan bisnes menjual coklat.
“Saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Pertama sekali, saya happy dapat jana income dari rumah dengan berniaga dalam talian.
“Sambil duduk rumah dapat juga saya extra income, dapat bantu suami tambah duit poket bulanan.
“Lagi pun dua anak saya sedang membesar jadi keperluan mereka juga dapat saya penuhi. Kalau nak apa-apa, boleh juga saya belikan. Alhamdulillah,” katanya.
Menariknya, berniaga di kawasan tinggi, Ina tak perlu risau untuk letak stok coklat di rumah.
“Senang simpan, tak perlu chiller. Cantik elok terletak je stok coklat saya.
“Teruk pek, siap untuk dihantar ke customer,” katanya gembira.
Berkongsi pengalaman sebagai usahawan coklat, Ina akui turut berdepan pengalaman berbeza setiap hari.
“Saya pernah dah siap pek coklat tiba-tiba customer cancel order. Sedih lah juga tapi saya percaya ada rezeki lain nak masuk. Tak apa lah.
“Kalau pengalaman best pula saya dapat capai target jualan peribadi lebih RM 3000. Syukur sangat. Adat bisnes, ada turun naik. Yang penting jangan sesekali putus asa,” pesannya.
Tambah wanita berusia 47 tahun ini, dia mengimpikan untuk membuka butik coklat jika diizinkanNYA.
Insha Allah, semoga impian Ina bakal jadi kenyataan satu hari nanti. Sama-sama kita doakan ok!