Idea Hadiah Untuk Yang Tersayang Sepanjang PKP

Hari jadi si dia dah dekat, nak jumpa tak boleh pula. Nak ajak makan? Kita masih belum boleh dine in. Nak rentas daerah/negeri? Lagilah tak boleh.

Bagaimana cara meraikan hari jadi yang tersayang bila mereka tiada di depan mata? Jangan bimbang, mungkin kita tak boleh hadir secara fizikal untuk meraikan sambutan hari jadi dengan insan tersayang di luar, sebaliknya rasa ‘bersama’ itu boleh diterjemahkan dengan memberi kejutan penghantaran hadiah pada hari bermakna mereka!

Jom kami kongsikan beberapa idea hadiah yang boleh dijadikan pengganti diri. Biarpun jauh di mata, pastikan mereka sentiasa dekat di hati dengan kiriman hadiah di bawah ini;

  1. Jambangan bunga

Bunga bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita sahaja malah lelaki juga akan ikut terharu bila terima jambangan bunga di hari ulang tahun mereka. Koleksi bunga dengan bau mempesona juga mampu membangkitkan mood di dalam rumah. Dalam masa sama, rumah pun tampak berseri. Yang penting, bunga buatkan anda terlihat romantis!

2. Cawan/ Tumbler

Memandangkan kita banyak menghabiskan masa di rumah, cawan antara item yang kita selalu pegang. Betul tak? Tak kira semasa menonton TV, menyiapkan kerja di depan laptop atau sedang menikmati pemandangan di balkoni rumah, cawan mesti berada berhampiran. Why not hadiahkan cawan yang fancy untuk si dia, pasti suka!

3. Kek

Hari jadi dan kek memang berpisah tiada. Tak lengkap acara hari jadi tanpa kehadiran sebiji kek. Walaupun tak dapat rai bersama pada tahun ini, kiriman kek simple dan enak mesti buat yang tersayang ceria sepanjang hari. Oh ya, selitkan nota dengan kata-kata sweet juga ok?

4. Buku

Tempoh pandemik inilah merupakan waktu paling sesuai untuk menghadiahkan bahan bacaan sebagai material mengisi masa lapang, selain ia adalah hobi. Statistik global menunjukkan sebanyak 35 peratus individu menyatakan mereka lebih banyak membaca pada tahun ini disebabkan pandemik.

5. Chocodap’s

Siapa yang tak suka makan coklat, kan? Tidak kira umur atau jantina, ramai yang gemarkannya. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jadikan lebih menarik dengan kiriman jambangan Chocodap’s yang buatkan dia berkata, “Wow, awak memang romantik!” Meskipun jauh di mata, buat mereka rasa special di hari istimewa tahun ini!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment