Seorang lagi doktor pakar mendaftar sebagai ejen, “Bukan untuk keuntungan peribadi, saya nak bantu…”

Kalau minggu lepas, kami berkongsi mengenai perjalanan Dr Azlina Mokhtar bersama Chocodap’s, kali ini giliran seorang lagi Pakar Radiologi yang juga merupakan ejen Chocodap’s.  

Dr Aida Mastura Mustapha ketika dihubungi memberitahu dia baru menyertai keluarga Chocodap’s sejak dua bulan lalu.

“Saya menyertai Chocodap’s pada 30 April tahun ini. Dr Azlina merupakan rakan saya ketika mengikuti pengajian perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dulu. Sebelum ini kami ada berborak tentang jenama coklat yang dijual secara online ini.

“Pada awalnya, saya tahu tentang Chocodap’s melalui iklan di Facebook. Nampak menarik coklat di poster jadi saya terus direct message di link tersedia.

“Bila dah tengok pakej yang ada, harga pendaftaran sebagai ejen juga berpatutan, saya terus mendaftar,” katanya memulakan cerita.

Kongsi Dr Aida, niat menyertai Chocodap’s sebenarnya untuk membantu salah seorang pekerja di hospital tempat dia bekerja.

“Di hospital, saya kenal dengan seseorang yang bekerja sebagai tukang bersih (cleaner). Jujur saya kata, bisnes ini bukan untuk cari keuntungan peribadi memandangkan saya mempunyai income tetap dan selesa. Alhamdulillah.

“Saya lihat Chocodap’s boleh menjadi platform untuk kenalan saya ini menjana pendapatan sampingan. Modal juga hanya RM 170 sahaja. Ini peluang saya untuk bantu golongan yang memerlukan.

“Bukan hanya dia seorang sahaja yang saya dah tarik menjadi ejen di bawah saya malah pembantu di hospital (PA), Erika juga kini bergelar salah seorang ejen Chocodap’s. Semoga dengan ruang dan peluang yang saya sediakan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjana extra income,” katanya.

Ibu kepada lima anak ini juga berhasrat mendidik anak sulungnya untuk berkecimpung dalam dunia bisnes coklat.

“Anak sulung saya berusia 17 tahun. Saya ada plan untuk beri pendedahan mengenai Chocodap’s. Manalah tahu bila dah habis SPM nanti, boleh dia berjinak-jinak dengan bisnes coklat” akhiri Dr Aida.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment