‘Tengah syok makan durian, tiba-tiba ada panggilan’- Ecan menangis menang emas!

“Tengah syok makan durian tiba-tiba dapat panggilan. Tak keruan dah saya masa tu,” kata Nurul Ihsan Mohamad Yaakub atau Ecan mengaku terkejut selepas mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang emas percuma dari Chocodap’s.

Kata Ecan ketika dihubungi sejurus namanya diumumkan, dia memberitahu pada awalnya dia berharap agar rezeki emas pada Sabtu lalu menjadi milik ‘anak-anak’ dalam teamnya.

“Saya ada borak kosong dengan Ticer Sarah, nampaknya belum ada rezeki nak menang reward emas yang HQ bagi sebelum ini memandangkan KPI sales saya masih belum cukup layak lagi.

“Ternyata bila Ticer selesai spin wheel, nama saya yang naik, Alhamdulillah memang terkejut,” katanya ketawa.

Lebih lucu apabila telefon berbunyi, Ecan hampir tak sempat angkat kerana sedang menikmati durian bersama keluarga.

“Saya menonton FB Live menggunakan handphone lain. Handphone yang HQ hubungi ada di sofa waktu itu.

“Bila dengar nombor CH303 disebut, saya macam ‘Eh itu nombor aku’. Telefon pula berbunyi, kelam kabut saya ke ruang tamu. Nasib baik sempat angkat. Memang rezeki betul.

“Lebih menarik, rakan-rakan team lain termasuk King Mama Piyah terus video call. Menangis waktu tu juga, memang ‘drama’ sikit!,” katanya ketawa.

Untuk rekod, Ecan merupakan pemenang kedua dalam peraduan menang emas Chocodap’s yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Puan Norkarmilahanis diumumkan sebagai pemenang emas Chocodap’s pada Mei lalu.

Anda di luar sana yang nak menang macam Ecan, cepat-cepat sertai Chocodap’s sebagai ejen sah hari ini, bukan coklat saja, emas pun ada tau!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment