“Status OKU bukan halangan”-Airudin tetap semangat meskipun diuji buta sebelah mata

“Status OKU bukan halangan untuk saya mencari rezeki,” demikian kata Airudin Saranor yang buta penglihatan sejak beberapa tahun lalu.

Airudin yang pernah berkhidmat sebagai Penghulu selama 22 tahun akur dengan ketentuan Illahi apabila buah pinggangnya disahkan rosak pada tahun 2019 yang memerlukan dia menjalani dialisis (cuci buah pinggang) setiap minggu.

“Sejak ada masalah buah pinggang, pelbagai komplikasi kesihatan lain yang datang. Saya juga pernah lumpuh sekejap dan tak mampu berjalan.

“Alhamdulillah sekarang saya dah mampu berjalan semula cuma tidak mampu melihat dengan jelas apabila doktor sahkan mata sebelah kiri buta.

“Saya tidak menyalahkan takdir malah saya bersyukur kerana ujian tanda Allah swt sayang pada hambanya,” ucapnya tenang.

Berusia 46 tahun, Airudin mengambil keputusan untuk pencen awal memandangkan status kesihatannya tidak begitu baik.

“Saya mohon medical board pada awal tahun ini. Tanggal 12 April, permohonan saya diterima. Saya mula berfikir pelan jangka masa panjang, takkan saya nak duduk saja dekat rumah. Usia saya juga tidak terlalu tua.

“Jadi saya mencari jenis perniagaan yang tidak susah untuk diurus. Mujur saya jumpa dengan Chocodap’s,” katanya yang kini menginjak usia 46 tahun.

Jelas bapa dua anak ini, dia bersyukur isteri dan dua anaknya turut membantu dalam urusan bisnes Chocodap’s.

“Kalau bab drive untuk COD coklat, dua anak saya akan tolong mana yang perlu. Alhamdulillah saya dikurniakan ahli keluarga yang menyokong sepenuhnya untuk saya kuat mencari rezeki walaupun tak begitu sihat.

“Saya dan isteri juga mempunyai sebuah perniagaan kecil-kecilan iaitu sebuah kafe di Simpang Pulai. Ada lah bisnes kecil untuk tampung keluarga, nama kafe tu, Happy Owl Cafe. Isteri banyak menguruskan di sana manakala saya uruskan bisnes Chocodap’s di rumah.

“Walaupun baru tiga bulan saya bersama Chocodap’s, saya seronok dengan perubahan sekarang. Permintaan juga baik. Alhamdulillah…doakan saya terus sihat ya,” akhirinya.

Sementara itu, Airudin berharap untuk memecah rekod jualan sebanyak RM 16,000 pada bulan ini. Semoga terus sukses bersama Chocodap’s!

Comments

  • Norfiza Mahput
    06/22/2021 at 9:20 PM

    Awesome Din!

  • Nor Amyza Zakaria
    06/23/2021 at 6:01 AM

    Tahniah En Suaurudin! Semoga terus Success. Alhamdulillah kerana sidi share rezeki juga dengan saya.

  • Nurul Aini binti Othman
    06/23/2021 at 6:18 AM

    Smga TN. Airudin terus berjaya dlm bisnes chocodap’s dan sntsa dilindungi Allah.

  • Piduih WaLeH
    06/23/2021 at 3:36 PM

    الحمد لله

    Tahniah Tuan.. Semoga Tuan terus dilimpahi rezeki.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Dan dikekalkan kesihatan yang baik..

    آمين يارب العالمين

  • Munawir Omar @ Bro Bob
    06/29/2021 at 8:49 AM

    Terbaik kita sama sama oku jadi kita perlu teruskan kehidupan kita utk terus hidup.
    Pesanan drp sy utk semua yg berstatuskan OKU
    KEKURANGAN ADALAH KELEBIHAN

  • Ruslinah Mohd Zaman
    07/29/2021 at 12:07 PM

    Semoga terus berjaya. InsyaAllah nak cuba kelazatan cokelat ini.

Add a comment