Disindir ada ijazah tapi tak bekerja, kisah ‘bangkitnya’ Ibu Noor mesti buat anda terkejut

Sebelum sertai Chocodap’s, segalanya hanya sekadar ‘cukup-cukup’ sahaja. Apa yang terhidang depan mata, makan lah tanpa banyak tanya.

Noorhayati Che Razak atau lebih mesra disapa sebagai ibu Noor ini mengaku kehidupannya berubah selepas terjebak menjadi usahawan coklat.

“Sebelum ini saya berniaga kek, biskut raya buatan tangan sendiri. Bukan itu je, kerepek malah popia cheese pun pernah juga. Saya bantu suami untuk menjana pendapatan keluarga kecil kami. Tetapi hasilnya tak lah seberapa. Cuma cukup untuk makan pakai kami sekeluarga.

“Bila keperluan dah melebihi pendapatan, saya selalu stress terutama bila anak-anak nak sesuatu tapi saya tak mampu nak beli. Jangan kan beli barang untuk anak-anak, duit untuk mak ayah juga tak konsisten. Bila ada duit, kadang-kadang guna untuk bayar baiki kereta atau bayar hutang yang tertunggak,” katanya.

Akui ibu Noor yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dia pernah tertekan dengan kritikan mengenai keputusannya untuk menjadi suri rumah.

“Saya pernah disindir kerana menjadi suri rumah dah tidak bekerja. Bila ada yang kata ‘awak kan ada ijazah kenapa duduk rumah?’ saya bertambah stress.

“Atas faktor itu juga saya nekad nak bantu suami dengan mencari pendapatan sampingan agar kewangan keluarga bertambah baik.

Tekad untuk ubah hidup, tarikh 22 Mei 2018, ibu Noor mula mendaftar sebagai ejen Chocodap’s.

“Hidup saya berubah 180 darjah. Bayangkan dalam masa empat bulan, saya mampu buat keuntungan sebanyak RM10,000. Semakin lama saya jadi semakin bersemangat untuk setia bersama Chocodap’s.

“Saya pernah ditawarkan pekerjaan bekerja dalam sektor Kerajaan pada tahun 2019 iaitu setahun selepas saya sertai Chocodap’s. Pada awalnya saya cuba menerima tawaran dan sempat bekerja selama dua bulan. Ternyata minat saya cenderung kepada berniaga. Saya ambil keputusan untuk resign dan kembali fokus kepada berniaga.

“Lagipun saya nak tengok anak-anak membesar depan mata. Dapat saya hantar anak ke taska selepas kembali bekerja dari rumah,” ujarnya.

Selepas tiga tahun bersama Chocodap’s, ibu Noor tersenarai antara usahawan paling sukses dengan jualan mencecah jutaan Ringgit.

Antara kejayaan ibu Noor apabila dia berhasil membeli tanah lot untuk membina sebuah rumah banglo tidak lama lagi, Bukan itu sahaja, dia memiliki koleksi barang kemas pemberian daripada Chocodap’s dan turut membeli dengan wang hasil berniaga coklat.

“Doakan agar proses membangunkan rumah berjalan lancar. Lokasi tanah dibeli di Kuala Berang, Terengganu iaitu di kampung halaman suami.

“Dengan hasil berniaga juga saya dapat memiliki simpanan masa depan untuk kehidupan lebih selesa di hari tua nanti. Saya juga tidak culas menghulurkan duit kepada kedua ibu-bapa setiap kali dapat keuntungan berniaga. Alhamdulillah,” tuturnya lembut.

Ibu Noor bersyukur barang kemas yang dimiliki nilainya mencecah lebih RM 50,000. Hebat bukan?

Anda di luar sana yang memasang impian untuk sukses seperti ibu Noor, sertai Chocodap’s sekarang. Anda mungkin jutawan coklat seterusnya!

Comments

  • Aishah
    06/18/2023 at 3:21 PM

    Nak tambah pendapatan

Add a comment