Pengalaman mengajar seseorang untuk membuat dan menjadi lebih baik di masa akan datang. Jika pernah gagal sebelum ini, tidak bermakna anda harus ‘tunduk’ dengan keadaan.
Bagi pemilik nama Mahanom Mohd Zain atau lebih akrab disapa sebagai Kak Nom, dia tidak pernah menyesal meninggalkan dunia menjahit dan beralih ke bisnes coklat yang dianggap lebih membahagiakan jiwanya.
“Sebelum bersama Chocodap’s saya pernah bekerja dengan keluarga mengusahakan kedai jahit. Tetapi ‘jodoh’ di situ tak panjang.
“Saya nekad tinggalkan bisnes keluarga atas beberapa faktor dalaman. Mungkin tiada sefahaman yang membuatkan saya nekad untuk mencari sesuatu baharu pula, tak apalah,” kata wanita berusia 37 tahun ini.
Dalam masa sama, Kak Nom yang juga sedang hamil pada waktu itu berhasrat fokus terhadap bisnes coklat di bawah jenama Chocodap’s.
“Apa yang saya boleh kongsi, waktu itu tidak mudah. Keputusan saya untuk mulakan bisnes lain ditentang (dipalau), malah saya dianggap sebagai keras kepala.
“Waktu itu saya hamil anak kelima. Setiap hari berendam air mata tetapi saya mahu buktikan kepada semua bahawa saya mampu melakukannya,” katanya bersemangat.
Tambah Kak Nom, dia sekali lagi diuji apabila ahli- ahli di bawahnya berlalu meninggalkan kumpulan.
“Saya berusaha untuk menuntut ilmu bisnes sebanyak mungkin. Acara NUH merupakan titik tolak bermulaanya waktu saya memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang pernah dilakukan dalam bisnes.
“Alhamdulillah jumlah jualan pada tahun 2019 melonjak dan team Kak Nom berjaya mencecah lima angka pada bulan Disember,” katanya.
Sementara itu, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu membawa 1001 rahmat buat kak Nom kerana jualan coklat mencecah sehingga RM 750,000 (berkumpulan).
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Semoga kejayaan terus mengiringi hidup kak Nom dan ahli kumpulan yang lain Terbaiklah!