Bekas kakitangan Oil & Gas terkejut syarikat ditutup…”Mujur ada Chocodap’s”

Wabak Covid-19 yang menyerang dunia sejak tahun lalu ternyata bukan saja meragut banyak nyawa tetapi juga mengubah kehidupan manusia yang turut terjejas.

Dua sahabat baik, Sha dan Lina antara individu yang terkesan namun tidak menyalahkan Takdir kerana percaya kehidupan boleh diubah jika berusaha.

“Lapan tahun bekerja di salah sebuah syarikat Oil & Gas, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat berkenaan. Syarikat ditutup selepas terjejas ekoran wabak Covid-19.

“Siapa yang tak sedih sebab di situ lubuk punca pendapatan kami sebelum ini. Mungkin ini sudah jalan takdir buat kami. Tak apalah yang penting kena berusaha untuk cari peluang lain,” kata pemilik nama penuh Nooraishah Abdullah ini.

Sementara itu, Sha bersyukur kerana ketika memiliki pekerjaan tetap dia dan Lina mempunyai pendapatan sampingan dengan berniaga Chocodap’s.

“Aturan Allah SWT itu sentiasa cantik. Kalau dulu jual coklat hanya untuk side income, sekarang Allah lorongkan kami kemudahan dengan mendapat gaji menerusi jual coklat.

“Allahuakbar…bila lihat gaji diterima di Chocodap’s, terdiam kami kejap. Lebih banyak daripada kami dapat ketika makan gaji dulu,” katanya terharu.

Tambah Sha, dia dan Lina mengalihkan fokus sepenuhnya terhadap perniagaan coklat sejak Oktober lalu.

“Dulu kami join Chocodap’s bukan sebab kami tiada duit. Niat kami untuk tambah pendapatan bulanan.

“Ternyata rezeki yang dikurniakan kepada kami semakin bertambah selepas sertai Chocodap’s.

“Syukur kami dipertemukan dengan jenama coklat ini lebih awal, kalau tidak kami tentu pening kepala fikir nak cari kerja lain selepas syarikat ditutup tempoh hari,” akhirinya bersyukur.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment