Kalau dah jodoh, pasti tak ke mana…
Itu perumpamaan indah bagi kisah cinta salah seorang ejen Chocodap’s, Encik Badrul Nizam Hasan yang bertemu jodoh ketika berniaga coklat!
“Cantik aturan Allah SWT. Bertemu jodoh ketika mencari rezeki. Kalau dulu dia hanya salah seorang pelanggan yang membeli coklat saya, tak sangka hari ini dia menjadi suri hati saya,” kata Badrul Nizam atau Bard.
Bercerita mengenai kisah cinta mereka, perkenalan mereka terjadi dalam waktu singkat dan bibit cinta mula tumbuh selepas itu.
“Selepas setahun berkenalan, empat bulan bertunang akhirnya kami disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
“Dari seorang pelanggan menjadi dropship. Saya pujuk dia untuk menjadi ejen dan akhirnya dalam masa beberapa bulan si dia berjaya ke peringkat General,” katanya.
Tambah Bard, hasil kerja keras bersama dalam memajukan bisnes coklat ini juga, kejayaan berpihak kepada mereka apabila berjaya meraih pendapatan lima angka.
“Ini bukan kisah dongeng semata. Saya juga pernah menerima RM 1000 atas pencapaian ganjaran Superstar sebelum ini.
“Malah, kos untuk majlis perkahwinan juga saya guna wang hasil berniaga Chocodap’s. Agaknya kalau saya masih bekerja di bidang lama, mungkin lambat sedikit saya berumah tangga,” ucapnya syukur.
Badrul Nizam dan pasangannya, Fatin Qhairunnisa Aziz diijabkabulkan pada 5 Mac lalu.
Selamat Pengantin Baru kepada pasangan sejoli ini, semoga hidup kalian diselimuti kemanisan bak coklat & berbahagia sehingga ke akhir hayat!