WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN, Selamat Hari Wanita 2021!

Setiap wanita tidak kira sama ada isteri, kakak, adik, guru dan sebagainya wajar diberi penghargaan dengan penuh kasih sayang. Ia sebagai lambang penghormatan terhadap mereka dalam kehidupan seharian.

Atas sebab itu, sambutan Hari Wanita Antarabangsa wajar dirai setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.

Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Hari Wanita di sambut pada 8 MAC setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi.

Tema Hari Wanita di Malaysia pada tahun ini adalah WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN.

Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan. 

Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.

Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar kita tetap bangkit mendepani cabaran. Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa.

Zahirkan tanda sokongan anda sebagai penghargaan kepada para wanita.

Tanda pagar yang digunakan pada tahun ini ialah; 

#WanitaBangkitMendepaniCabaran

#WanitaWajaNegara

#HariWanita2021

Kredit: https://theinspirasi.my/tarikh-dan-tema-hari-wanita/

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment