Gagal fokus, Kak Chik akui bangkit dari lena selepas…

“Bayangkan dari bulan Jan ke Mac tahun lalu, saya tak dapat cecah sasaran KPI yang ditetapkan. Ini membuatkan saya down seketika,” kata wanita yang mesra disapa sebagai Kak Chik ini.

Pemilik nama penuh Norashikin Yusoff ini mengaku tersilap langkah apabila tidak menguruskan pasukan di bawah jagaan dengan baik.

Tambah Kak Chik, kesilapan utama apabila terlalu fokus kepada beberapa produk yang membuatkan dia hilang tumpuan.

“Bulan dua tahun lalu, ada tujuh orang di bawah pasukan saya. Kesilapan saya adalah gagal menguruskan mereka dengan baik kerana sibuk menjual beberapa produk.

“Beberapa minggu juga saya berfikir dan saya perlu lakukan sesuatu. Saya nekad untuk lepaskan tanggungjawab saya sebagai ejen untuk beberapa produk dan hanya fokus kepada Chocodap’s,” katanya optimis.

Dalam masa sama, Kak Chik juga berjanji pada diri sendiri untuk mengasah kemampuan dalam diri agar terus maju dalam dunia bisnes coklat.

“Saya mula menyertai kelas bimbingan bisnes oleh Tuan Ozir Zuri pada Mac 2020. Dari situ, saya belajar bagaimana untuk bekerja dalam satu pasukan dengan lebih baik dan efektif.

“Alhamdulillah, sebulan selepas itu ternyata bisnes saya menampakkan hasil positif. Bulan April menyaksikan kejayaan bermula apabila jumlah jualan dari RM 1900 melonjak ke RM 13,800. Syukur sangat,” katanya.

Sementara itu, Kak Chik juga memberitahu dia berhasil mara ke peringkat General pada Jun 2020 seterusnya ke peringkat tertinggi iaitu King pada September 2020.

“Pada bulan September tahun lalu, seramai 200 orang berada di dalam kumpulan saya. Alhamdulillah dengan segala tunjuk ajar yang diberi oleh Tuan Ozir, individu di bawah pasukan saya ‘meroket’ sehingga berjaya mencapai jualan RM 100,000 pada Disember 2020.

“Lebih membanggakan, saya juga berhasil melahirkan seorang leader di peringkat King iaitu TDM Warriors,” katanya yang berharap dapat mengekalkan momentum untuk jangka masa panjang.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment