‘Mama, boleh tak adik tak nak pergi sekolah harini? Mengantuk…’
Alahai anakkku, penat mama kejut dari 6 pagi tadi. Tak bangun-bangun…
Pernah tak ibu-bapa berdepan dengan problem mcm ni? Lagi-lagi bila anak baru mula darjah satu. Mungkin tak semua, tapi pasti ada hari yang buatkan anak-anak liat nak bangun ke sekolah.
Nak pujuk anak supaya rajin ke sekolah? Kaedah ini mungkin boleh diguna pakai. Jom semak!
1) Masuk tidur awal
Pastikan mereka dapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Bila malam anak-anak nak tengok tv atau main gadget, hadkan masa. Kalau boleh sebelum 10 malam masuk bilik tidur, tutup lampu dan tidur.
2) Cari punca kenapa malas ke sekolah
Selain susah bangun pagi, anak-anak pasti ada sebab lain kenapa mereka liat nak ke sekolah. Mungkin disebabkan faktor kawan-kawan atau guru yang garang. Kenal pasti punca sebenar mereka jadi malas. Selepas itu analisa dan beri nasihat berdasarkan masalah anak.
3) Elak membuatkan anak terlalu selesa di rumah
Bila penggunaan tv, handphone atau video game buatkan mereka tak mahu ke sekolah, ini ‘signal’ untuk anda larang mereka menggunakan alatan itu. Arahkan mereka untuk tidur awal pada hari persekolahan dan larangkan penggunaan gadget ketika sedang cuti sakit. Bukan apa, nanti mereka akan berulang kali menggunakan alasan sama untuk tidak mahu ke sekolah.
4) Upah COKLAT!
‘Balik nanti mama upah Chocodap’s okay? Cuba begitu, pasti si anak lebih bersemangat nak ke sekolah!