‘Bila pegang duit banyak, jangan cepat selesa’- Kak Tim

“Bila berada di tahap selesa, jangan pula kita hilang fokus,” itu pesanan dititip oleh Patimah Nadri yang menyertai Chocodap’s sejak tahun 2018.

Kata ibu kepada lima anak ini, dia pernah melakukan kesalahan sama yang menyebabkan dia ‘tersekat’ lama di tangga Commando.

“Satu hal yang saya belajar, walaupun hasil pulangan dah banyak jangan cepat berpuas hati. Renew impian kita dari masa ke semasa.

“Harus ingat bila kita jatuh dalam bisnes, bukan mudah untuk naik balik. Jadi bila dah di atas, kekalkan momentum,” katanya.

Wanita yang mesra disapa sebagai Kak Tim ini juga berkongsi pesanan dengan usahawan yang baru menyertai Chocodap’s agar tidak mudah putus asa.

“Kalau ada masalah, jangan terus down atau putus asa. Ambil masa rehat sekejap dan bangun balik.

“Saya juga pernah melalui zaman kejatuhan dalam bisnes tetapi saya praktik semula strategi yang diguna semasa bisnes sedang mencanak naik. Alhamdulillah, bisnes coklat masih berjalan baik sehingga sekarang.

“Saya juga tiada masalah jika ditegur boss atau pihak atasan. Anggap itu teguran untuk kita terus belajar. Dalam bisnes kita perlukan mentor untuk guide agar fokus tidak tersasar,” katanya.

Sementara itu, Kak Tim yang memiliki beberapa dropship di bawah jagaanya menasihatkan agar sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia.

“Salah satu cara menjemput rezeki adalah sentiasa menjaga hubungan sesama manusia. Sekiranya ada tersalah kata, cepat-cepat mohon maaf.

“Insha Allah apa jua yang dilakukan pasti lancar jadinya,” katanya.

Terima kasih pembeli Chocodap’s!

Kak Tim yang pernah mengusahakan bisnes baju kanak-kanak sebelum ini mengalu-alukan individu di luar sana terutama suri rumah menyertai keluarga Chocodap’s.

“Jangan risau jika tiada pengalaman berniaga. Pihak HQ akan sentiasa membantu dan tidak biarkan anda terkapai-kapai,” akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment