Syukur, AKHIRNYA kereta idaman dalam genggaman!

JANGAN BERHENTI BERMIMPI, angan-angan kan percuma?

Alhamdulillah…Ticer dan suami akhirnya berjaya memiliki kereta idaman.

Tapi sebelum itu, Ticer tak akan sesekali lupakan kenangan bersama kenderaan yang pernah digunakan dari mula berniaga sampai sekarang.

Penting ya gambar-gambar lama supaya kita tidak lupa dari mana kita bermula.

Bukan sejak lahir terus naik Mercedes, pelbagai kereta dah Ticer merasa naik daripada kancil sampailah ke van. Semua pengalaman ini akan membuatkan kita belajar berimpian.

Kereta pertama Ticer pada tahun 2011, kereta ALZA nombor plat belakangnya 1173. Masuk 2012 terus beli kereta kedua sebab kereta pertama nak bagi mak abah pakai pergi berniaga & guna plat yang sama.

Alhamdulillah masuk tahun 2019, kami dah merasa ada extra duit, barulah berani nak membeli kereta baru. Sekarang kereta SAGA FLX merah Ticer, kakak ipar yang pakai.

Toyota Innova merah juga bernomborkan 1173. Kali ni cuba nak dapatkan nombor yang sama 1173, agak susah pulak kali rupanya nombor 1173 banyak ONG kata orang cina. Alhamdulillah berjaya juga dapatkan nombor yang sama.

Dua kereta lahir dari hasil bisnes Chocodap’s. Memang bukan mudah, permulaanya lebih banyak pahit daripada manis.

Tapi percayalah, selagi ada TEKAD yang tinggi, semangat yang KUAT, pasti ada ganjaran daripada ALLAH SWT.

Semoga berkat usaha kami ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk terus berjuang dan yang paling penting beri banyak manfaat kepada orang sekeliling. InshaAllah.

THIS IS OUR JOURNEY…JUST TRUST THE PROCESS. LET’S SUCCESS MAKE NOISE 🤜🔥🤛

#chocodaps
#ChocodapsSuccessStory
#FounderChocodaps
#LahirkanJutawanChocodaps
#30000usahawanchocodapsseluruhMalaysia

Comments

  • Salihin
    12/03/2020 at 9:51 PM

    Kenapa tulis “Halal Tested”?
    Dah test, apa keputusannya?
    Badan mana yg test?
    Kenapa tak mohon sijil halal?

Add a comment