Saya adalah anak kepada peniaga kedai makan, dimana kedua-dua orang tua saya membesarkan saya dengan hasil daripada perniagaan mereka. Mereka terpaksa bekerja walaupun tidak sihat kerana jika tidak mask kedai maka tiada lah pendapatan mereka.
Saya melihat betapa sukarnya mereka membesarkan kami 3 beradik ini. Mereka bangun setiap hari seawal 4.00 pagi dan pulang kerumah jam 6.00 pt seterusnya jam 9.00 mlm sudah mula bat persiapan bahan-bahan untuk dimasak pada awal pagi tersebut.
Namun pendapatan tersebut mash tidak mencukupi sehingga ayah terpaksa buat bayaran mengunakan kad kredit untuk menampung pendidikan kami meski pun beliau sedar beliau tiada duit.
Pengorbanan ayah dan ibu menjadikan saya nekad untuk bantu mereka sejurus tamat pengajian. Saya buang rasa malu, dan mula menjual pelbagai produk seperti coklat homemade, tudung, kuih raya, produk kecantikkan, produk kesihatan, emas dan macam-macam lagi.
Saya mula mengenali ramai pengeluar-pengeluar produk, para pemborong dan para founder. Ada produk yang bertahun-tahun saya menjadi leader, banyak ilmu-ilmu pengurusan agen yang saya timba. Pengalaman ini menjadikan saya semakin berani dan suka dengan perniagaan. Hasil pendapatan jualan tersebut semuanya saya salurkan untuk bantu ayah terutamanya pada hutang kad kredit beliau.