pemasaran secara offline newbies chocodap's

Pemasaran OFFLINE iaitu secara berjumpa terus dengan pelangan atau prospek adalah cara yang paling cepat untuk buat JUALAN. Jauh lebih pantas dari ONLINE namun kelemahannya ianya terbatas pada lokasi. Ini kerana biasa nya OFFLINE hanya menumpukan pada kawasan tertentu sahaja. Saya akan pecahkan kepada 3 kategori jualan secara OFFLINE.
 
a. RETAIL (JUALAN TERUS)
b. RETAIL & RESELLER (LETAK DI KEDAI)
C. RESELLER

retail @ JUALAN TERUS

Anda lakukan jualan sendirian (solo), bagi mereka yang mash baru dalam perniagaan. Saya galakan anda bergerak secara berkumpulan kerana ia memerlukan semangat yang cukup tinggi. Namun, jika anda sudah cukup kental dan biasa bergerak secara sendirian ini adalah cara yang boleh anda cuba lakukan.

focus group chocodap's (fgc2000)

Teknik ini khusus focus pada kenalan rapat/keluarga/kawan-kawan yang didalam handphone kita. Keluarkan 100 nama & no. bimbit mereka (tulis di kertas). Saya saran kan, cari mereka yang berdekatan dengan kita dahulu. Melalui saluran ini, secara tak langsung anda telah mempunyai 100 bil per saluran. Bayangkan jika purata setiap pejabat ada 50 orang. Maka anda telah berjaya melakukan 5000 prospecting

tadika

Jumpa dengan guru tadika/ pengetua tadika untuk minta izin edarkan BORANG TEMPAHAN COKLAT. Borang akan di kutip dalam tempoh 3hari. Penghantaran keesokan selepas borang diambil. Tips: belanja guru-guru tersebut dengan coklat. Cari 100 tadika, maka anda telah pun mempunyai 100 bilangan per saluran dsini

Rakan pejabat

Khususnya pada mereka yang masih lagi bekerja, bawa sampel ke pejabat dan kenalkan pada rakan. Jika ada kenalan di pejabat/ bangunan sebelah, boleh berikan mereka sampel coklat kita. Tips: pastikan bawa borang tempahan. Cari 100 pejabat, maka anda telah pun mempunyai 100 bilangan per saluran di sini

car boot sales

Buat carian di "google", cari car boot sales yang berdekatan dikawasan anda. Kemudian cari organiser car boot sales tersebut. Pastikan dahulu lokasi tempt tersebut mempunyai banyak trafik (ramai orang). Kerana prospecting anda bergantung pada "crowd" yang datang

jualan terus & reseller
(cara pantas bina agen dropship)

kantin/cafe (tempat orang makan)

Bincang dengan tuan kedai untuk meletakan produk kita di kedai mereka dan dalam masa yang sama beritahu mereka untuk kita buat pemasaran seperti promote voucher / flyers untuk buat orang disana tahu kehadiran produk kita. Kebiasaanya pihak kedai tiada masalah kerana mereka akan mengunakan cara “consignment” (barang dah jual baru mereka bayar kos produk kita).
Jadi sini anda perl bertindak aggresif untuk memastikan warga disana sedar akan kehadiran produk anda. Pada waktu mereka turn rehat, anda boleh berikan voucherflyers kepada mereka. Hanya sekadar memperkenalkan shj. (klo boleh bagi sampel: org tengah lapar mesti dia teringin nak rasa kan). Buat offer yang menarik TANPA BUANG HARGA tapi tambah VALUE ( contoh: Buat Cabutan bertuah, contest teka coklat dan sebagainya)
Selain dari matlamat utama kita, nak semua orang disana TAHU kewujudan produk kita
disana, kita juga nak bina hubungan denagan pihak sana. In sha Allah, pasti ada yang
tertanya peluang peniagaan. Maka anda tawarkan dia sebagai Dropship anda. Maka anda
tidak perlu lagi berada di kedai tersebut, biarkan sahaja DROPSHIP tersebut menjadi wakil
anda disana.

kantin/cafe yang berpontensi tinggi

  • Kilang
  • Hospital
  • Pejabat – pejabat kerajaan
  • Syarikat swasta
  • IPTA / IPTS
  • KIOSK / Food Court Mall

* Bina sehingga anda mempunyai 200 ejen dropship, sekiranya anda berjaya. Maka bermaksud anda telah pun mempunyai 200 bilangan per saluran jualan. Pada tahun pertama kami, kami telah bina lebih 200 dropship. Sehingga mampu buat jualan sebanyak RM 30,000 sebulan. Saya yakin anda juga boleh

reseller

Kaedah seperti ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masa sangat sedikit, mungkin hanya hujung minggu shj yang ada kelapangan. Pergi ke café/ kedai/ steen minyak dan cuba hubungi Person In Charge (pic). Mohon untuk letak kan barang/produk kita di tempat mereka. Maklumkan pada mereka yang kita adalah Industri Kecil Sederhana (IKS). Biasanya mereka akan benarkan. 

 

Namun mereka juga mengamalkan konsep “consignment”. Pastikan anda lawat kedai tersebut selalu. Kebanyakan pihak kedai tidak ada masa nak monitor produk anda, jadi anda sendiri kena pastikan produk anda sentiasa ada dan kemas didalam kedai beliau. Sekiranya anda mempunyai 10 tempt RESELLER, maka anda telah mempunyai 10 bilangan per saluran jualan disini.