Bila selalu sangat skip makan pagi, korang perasan tak selera akan semakin ‘menjadi-jadi’ bila waktu makan tengahari?
Mulalah mulut asyik minta disuap makanan yang enak-enak sampai dah kenyang pun belum nak rasa berhenti makan.
Atas sebab itu, kita digalakkan amalkan prinsip ‘Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang’.
Malah Rasulullah SAW juga menjadikan ia sebagai salah satu sunnah yang diamalkan Baginda demi menjaga kesihatan.
Contoh selepas habis makan tengahari, diri mula rasa mengantuk dan tak bertenaga seterusnya rasa malas mula menguasai diri. Terdapat lima sebab kenapa kita perlu melatih diri untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Jangan skip waktu makan. Bila pagi wajib sarapan. Bila lewatkan waktu makan, anda akan rasa terlalu lapar dan menyebabkan kadar gula dalam darah turut menurun, dan dalam keadaan terlalu lapar, kita akan berpotensi makan secara berlebihan.
Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell mendedahkan bahawa individu yang melewatkan waktu makan atau membiarkan dirinya dalam keadaan lapar lebih cenderung mengambil makanan ringan berbanding individu yang makan pada awal waktu.
Tak nak makanlah sebab nanti boleh kurus. Hello, salah ya cara tu! Cara paling efektif untuk turunkan berat badan adalah dengan mengikut jadual makan yang teratur. Saat seseorang itu berasa lapar, dia berkemungkinan akan makan makanan yang kurang sihat. Ini terjadi disebabkan kadar gula dalam darah turun mendadak.
Menurut Rich Tidmarsh dari Reach Fitness London, seseorang yang disiplin dalam diet tetap akan kecundang apabila dirinya betul-betul berasa lapar.
Ketika lapar, seseorang itu sudah pasti akan terburu-buru untuk memilih makanan yang hendak dimakan. Maka kebanyakkannya akan memilih makanan yang sedap walaupun sedar bahawa makanan itu kurang sihat.
Ada sesetengah orang, biarpun baharu sahaja makan tengah hari tetapi sudah mula berfikir tentang minum petang dan menu makan malam. Ini membuatkan fikiran sentiasa tertumpu kepada makanan.
Mereka yang mempunyai sikap begini bukan sebenarnya lapar tetapi bosan. Mereka makan bukan untuk mengisi perut tetapi tidak dapat menilai diri sendiri sama ada sedang lapar atau pun tidak.
Jika seseorang itu gemar membiarkan tubuh dalam keadaan lapar, kesihatan diri juga akan terjejas kerana ia boleh menimbulkan pelbagai gejala seperti mual, pening kepala dan sukar tidur.
Selain itu, badan juga menjadi tidak bertenaga apatah lagi untuk kekal fokus.
Kredit: Mstar