Badan cepat letih? Try makanan yang kami list down di bawah!

Cepat berasa letih dan lesu? Pernah terfikir tak apa punca utama selain daripada tidak cukup rehat?

Jangan risau! Ada makanan yang boleh membantu untuk membekalkan tenaga dalam tubuh badan kita.

Ini lima jenis makanan yang boleh menjadi penambah tenaga:

  1. Pisang

Pisang antara makanan terbaik untuk membekalkan tenaga. Pisang kaya dengan sumber karbohidrat, potasium, serat dan vitamin B6.

Semua ini berfungsi meningkatkan tenaga dalam tubuh dan menggalakkan fungsi otot secara berterusan.

  1. Telur

Tahukah anda? Kandungan kalori sebiji telur adalah sebanyak 70 kalori, tetapi mempunyai 6 gram protein.

Ia mempunyai lebih banyak nutrien bagi setiap kalori berbanding kebanyakan makanan lain. Dalam masa sama, ia membantu mengatasi masalah cepat lapar.

  1. Ayam

Siapa peminat ayam dekat sini? Isi ayam tanpa kulit adalah sumber protein yang sangat sihat.

Ia mengandungi kurang lemak tepu yang tidak sihat seperti daging lembu dan kambing.

  1. Air

Air sangat penting dalam kehidupan. Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang mengakibatkan kelesuan dan keletihan.

Jika anda seorang yang rajin bersenam, pastikan minum air yang secukupnya untuk mengelakkan diri pengsan.

  1. Coklat Gelap

Coklat gelap adalah pilihan terbaik kerana kandungan gula lebih rendah berbanding coklat susu.

Antioksidan dalam koko membantu melindungi sel, merendahkan tekanan darah dan memperbaiki tekanan darah. Ia membuatkan anda menjadi lebih bertenaga dan sihat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment