Saya di besarkan dalam keluarga yang sibuk berniaga. Dimana saya membesar dalam keadaan ibu bapa yang ‘struggle’ mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dalam membesarkan kami enam beradik. Harapan kedua ibu bapa saya untuk menjadi usahawan berjaya telah menjadi inspirasi kepada saya untuk saya sendiri mengapai impian mereka. Kegigihan mereka menjadi sumber kekuatan kepada saya untuk tidak mudah mengalah dalam apa juga keadaan sekali pun.
Atas kerana saya juga memahami betapa susahnya ibu bapa saya mencari duit. Saya sendiri berusaha mencari pendapatan sendiri bagi meringgankan bebanan ibu bapa yang pada ketika itu adik-adik mash kecil. Setiap kali ada kesempatan cuti semester saya akan bekerja untuk cari pendapatan sendiri. Pernah juga sambil bekerja saya menjalankan perniagaan burger depan rumah di malam hari. Ketika tamat sahaja pengajian di Universiti, saya terus menjalankan perniagaan Dadih di depan sekolah.
Dalam masa yang sama juga saya menjual pelbagai produk-produk kesihatan tetapi tidak kemana. Duit tetap keluar tetapi produk mash banyak tidak terjual dan akhirnya berkesudahan dengan saya makan sendiri ataupun sedekahkan pada ahli keluarga. Namun itu semua tidak mematahkan semanggat saya untuk terus berniaga.
Sehingga lah saya ditemukan dengan bisnes Coklat. Saya sendiri tak sangka begitu mudahnya menjual coklat kerana ia tidak memerlukan kata-kata hebat, tidak perlukan testimoni bagai cukup hanya dengan member rasa dan pelanggan terus membeli. la buat saya sangat teruja pada perniagaan ini dan saya juga yakin sekiranya saya boleh melakukannya pasti anda juga mampu. Secara tidak langsung Chocodap’s mampu membantu lebih ramai lagi mereka diluar sana dalam menambah baik kewangan mereka.