Kalau sebelum ini, anda paling tak suka dengan coklat. Tapi secara tiba-tiba, anda menjadi penggemar coklat sebaik saja mendapat tahu anda sedang berbadan dua (hamil). Eh eh, biar betul ni?
Persoalannya, elok ke wanita mengandung makan coklat? Berikut adalah manfaat makan coklat ketika mengandung yang mungkin anda tak tahu!
1. MEREDAKAN STRES
Stres ketika mengandung memang tak boleh disangkal lagi. Bermacam-macam rasa tak selesa datang sejak awal kehamilan hinggalah kandungan semakin membesar.
Ada yang mengalami ‘morning sickness’, bengkak kaki, susah tidur malam, letih, dan sakit-sakit badan. Itu belum lagi masuk ‘mood swing’ yang datang dan pergi.
Untuk meredakan segala perasaan ini, anda boleh mengambil sedikit coklat gelap yang berkhasiat. Menurut Science Focus, coklat mengandungi bahan seperti Trytophan dan Phenylethylalanine yang bertindak seperti anti-depressant yang berupaya membangkitkan rasa bahagia seseorang.
2. MENGURANGKAN RISIKO PRE-ECLAMPSIA
Pre-eclampsia adalah salah satu punca kelahiran bayi pramatang yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Menurut laporan oleh Annals of Epidemiology, kandungan theobromine dalam koko boleh mencegah berlakunya pre-eclampsia yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi ini. Malah, ia turut disokong oleh sebuah kajian yang dilakukan oleh Yale University yang mendapati wanita yang makan coklat semasa mengandung menurunkan risiko tersebut hingga 50%.
3. COKLAT MENJADIKAN BAYI ANDA GEMBIRA
Ternyata, keajaiban coklat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga bayi anda dalam kandungan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh peneliti di Finland, wanita yang makan coklat semasa mengandung lebih berpotensi melahirkan bayi yang gembira – iaitu mereka yang banyak tersenyum dan ketawa. Ada saintis yang berpendapat bahawa ia berpunca daripada faktor kimia oleh coklat. Namun secara psikologinya, pengambilan coklat turut melibatkan keseluruhan proses yang menyebabkan ibu berasa sangat gembira hingga ia mempengaruhi ‘mood’ bayi.
4. SUMBER ANTIOKSIDAN & NUTRISI SIHAT
Coklat amat kaya dengan antioksidan. Antioksidan amat bermanfaat untuk kehamilan kerana ia dapat membentuk sistem kekebalan dan kesihatan semasa mengandung.
Bukan itu saja, lemak ‘baik’ dalam coklat yang bersumber dari cocoa butter merupakan sumber asid stearik untuk jantung yang sihat. Selain itu, coklat mengandungi pelbagai nutrisi yang tidak kurang pentingnya seperti magnesium dan zat besi.
5. MENINGKATKAN SISTEM METABOLISME
Kandungan magnesium dan zat besi boleh membantu wanita hamil dalam proses metabolisme lemak. Coklat juga mampu memperbaiki sistem pencernaan sekaligus menjaga kelangsingan tubuh.
Selain itu, pengambilan coklat boleh meningkatkan produksi sel darah merah untuk melindungi ibu hamil dari anemia.
PILIH COKLAT YANG SESUAI
Memang seronok kalau dapat makan coklat setiap hari. Walau bagaimanapun, berhati-hati memilih coklat yang kurang kandungan gula. Antara jenis coklat yang bagus untuk kesihatan adalah yang mempunyai ciri berikut:
Kredit: https://siraplimau.com/kesan-makan-coklat-ketika-mengandung/