Kalau manusia bila ada dekat tempat panas pun dah berpeluh, inikan pula coklat. Ye tak?
Jadi untuk pastikan coklat kekal tahan lama, pastikan simpan di tempat yang sesuai.
💢IKUTI CARA SIMPAN COKLAT DGN BETUL💢
🍫 Simpan coklat di tempat suhu rendah (di bawah 16-18 darjah celcius).
Coklat yang disimpan pada suhu di atas menyebabkan penghasilan ‘sugar bloom’ yang seakan mengeluarkan ‘peluh’ apabila disimpan pada suhu bilik. Jika ditempatkan pada suhu tinggi akan mengubah kandungan lemak dan kelihatan sangat berminyak.
🍫 Selepas bungkusan dibuka, jangan biarkan ia sentiasa ‘togel’ pula. Bungkus dengan kemas semula dan simpan di dalam bekas kedap udara.
🍫 Coklat yang disimpan di lokasi baik boleh bertahan lebih kurang setahun.
Oleh itu, simpan di tempat yang sesuai okay? Jangan dah makan setengah korang tinggalkan coklat dalam kereta pula tau 😋