Usia bukan penghalang, graduan dari Yaman berjaya buktikannya!

“Saya tiada kerja sebelum ini dan tak mahu susahkan keluarga. Jadi saya ambil inisiatif sendiri untuk mula berniaga Chocodap’s,” ujar Mohammed Yunus Bin Mohammed Ali @ Yunus.

Pemuda berusia 24 tahun ini yang juga merupakan graduan berkelulusan dari Yaman dalam jurusan Syariah menyifatkan Chocodap’s banyak merubah hidup sejak hari pertama menyertainya.

Akuinya lagi, sebagai peminat coklat tegar, dia bersyukur menemui jalan untuk mula berniaga di usia muda.

“Saya baru sahaja menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air pada Ogos 2020. Memandangkan saya belum dapat kerja, takkan saya nak duduk diam sahaja tanpa ada apa-apa usaha. Ralat juga duduk di rumah tanpa buat apa-apa.

“Jadi saya mulakan langkah dengan mencari jenis bisnes yang saya sendiri suka. Ternyata daripada hobi makan coklat, coklat juga dapat menjana pendapatan bulanan yang Alhamdulillah lumayan,” katanya.

Tambah Yunus, dia sebelum ini pernah mencuba bekerja tetapi sukar untuknya menyimpan duit.

“Kalau dah kerja pasti kita nak simpan duit kan. Saya akui saya sedikit boros dan susah untuk saving. Tetapi macam saya kata, Chocodap’s ubah corak hidup saya.

“Kalau dulu nak simpan duit punyalah susah, sekarang saya ada simpanan dan boleh membayar segala keperluan termasuklah bil. Bukan itu sahaja, saya juga mampu membeli kereta second hand dan telefon pintar. Alhamdulillah atas rezeki yang dipinjamkan untuk saya pada masa ini,” ucapnya penuh syukur.

Akui Yunus, berniaga turut merubah cara dia menguruskan kewangan bulanan.

“Impian saya untuk menjadi jutawan yang dermawan. Saya mahu bantu orang ramai yang dalam kesusahan serta kongsi manfaat selagi nyawa dikandung badan. Walaupun di usia muda, bukan penghalang untuk kita berjaya. Jangan duduk diam sahaja dan tunggu peluang datang. Kita yang harus bangkit kejar peluang yang terbentang. Pokoknya, sama ada mahu atau tidak sahaja,” pesannya berharap agar lebih ramai anak muda menyertai bisnes Chocodap’s.

Untuk rekod, Yunus dan team berjaya meraih jualan sebanyak RM 300,000 pada tahun 2021.

Untuk adik Yunus, kami di Chocodap’s berdoa agar kejayaan mengiringi di masa hadapan. Insha Allah!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment