“Mereka nampak sangat kuat, redha…”, Ryna dan team turun padang serah Chocodap’s untuk mangsa banjir

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!

Menyantuni mangsa-mangsa banjir pada 1 Januari lalu merupakan pengalaman cukup indah buat Ryna atau Nursalfarina Awaludin bersama team.

Bertempat di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Ryna bersama team berjaya menyampaikan amanah infaq Chocodap’s kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat musibah banjir.

“Alhamdulillah, misi sampaikan bantuan berupa coklat Chocodap’s akhirnya sampai ke mereka di pagi tahun baru. Permulaan yang baik buat semua. Insha Allah.

“Dengan ujian yang dilalui, mereka nampak sangat kuat dan Redha. Saya dapat belajar sesuatu pada hari itu. Jiwa mereka cukup kental sekali.

“Terpancar kegembiraan apabila kami serahkan Chocodap’s kepada mereka. Insha Allah dengan adanya coklat dapat bantu tambah kekuatan mereka untuk sambung proses membersihkan rumah,” kata Ryna.

Jelas Ryna, jumlah keseluruhan infaq berjaya dikumpul adalah sebanyak RM1300 bersamaan dengan 280 paket Chocodap’s.

“Seronok sangat sebab ramai team dari Johor dan Bangi yang turut serta memberi sumbangan. Kami kumpul kutipan dan beli coklat seterusnya serahkan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Seramai 20 orang yang turun padang untuk menjayakan misi kali ini. Semoga ada rezeki untuk kami lakukan aktiviti sebegini lagi,” katanya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment