Anak meninggal dunia, suami tamat kontrak kerja…Dugaan demi dugaan buat Noha mula langkah ceburi bisnes

“Apa yang buat saya seronok berniaga online, boleh tengok anak membesar depan mata. Sebagai ibu kalau boleh saya tak nak lepaskan momen indah lihat anak-anak membesar. Alhamdulillah, Allah pinjamkan saya rezeki itu,” kata Puan Khadijah Bt Engku Salleh yang merupakan ejen Chocodap’s sejak Januari 2021.

Berkongsi bagaimana dia mula bergelar usahawan coklat, wanita dengan nama timangan Noha memceritakan segalanya bermula selepas dia membeli Chocodap’s daripada seorang rakan.

“Niat memang nak makan je untuk sendiri dan anak-anak. Bila dah rasa, terus cakap memang sedap betul coklat Chocodap’s. Macam coklat luar, kami ingatkan coklat buatan luar negara. Rupanya tempatan.

“Bila nak beli lagi rakan saya bertanya sama ada saya minat nak sertai sama sebagai ejen. Memandangkan sebelum ini saya ada pengalaman berniaga online cuma sebagai Dropship. Jadi saya terus setuju

“Secara jujur, tak susah pun nak jual coklat. Up je dekat WhatsApp group, menderu saudara dan kawan-kawan harga. Tak perlu pening kepala nak terangkan berjela macam jual produk lain. Coklat memang ramai minat. Secara kesimpulan, memang mudau uruskan bisnes coklat online dan paling penting, kurang risiko untuk stok tak habis,” katanya.

Tambah Noha yang bekerja sebagai pembantu di kedai roti milik kakaknya di Batu Pahat, Johor, kehadiran Chocodap’s banyak merubah kehidupannya sekeluarga.

“Sebelum ini saya pernah bekerja di Kuala Lumpur dan berhenti pada tahun 2014 kerana ikut suami berpindah ke Johor. Pada tahun sama anak saya disahkan menghidap penyakit Leukimia dan dalam masa sama saya hamil anak kedua.

“Saya berhenti buat bisnes Dropship yang diusahakan pada ketika itu untuk fokus sepenuhnya jaga anak di wad. Kondisi kesihatan anak saya bertambah serius dan meninggal pada tahun berikutnya. Selepas itu saya duduk rumah dan fokus kepada keluarga sahaja.

“Kami sekali lagi diuji apabila suami ditamatkan kontrak dan saya sebagai isteri tidak mahu bebankan dia. Sebab itu juga saya berusaha untuk lakukan sesuatu, jadi saya pilih untuk buat bisnes Chocodap’s dengan bersungguh,” katanya penuh semangat.

Noha kini berada di peringkat Captain memasang niat untuk selesaikan segala pinjaman termasuk rumah lebih awal dan mengukuhkan simpanan kewangan untuk masa depan anak-anak.

Semoga Noha terus sukses dan kami di Chocodap’s mendoakan agar terus kuat dan diberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki. Amin YRA!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment