Pernah cuba macam-macam bisnes tapi tak ‘Ngam’, Kak Ana akui serasi jual coklat

“Sebelum ni pernah la kak cuba berbisnes tapi takde yang lekat lama. Sekadar suka-suka. Bila dah dengan Chocodap’s, ngam pula sampai lah sekarang,” kata Puan Rohana Saaban atau mesra dengan panggilan Kak Ana.

Ujar wanita berusia 43 tahun ini, pada awalnya bisnes hanyalah sekadar hobi untuk mencari duit sampingan memandangkan dia mempunyai pekerjaan tetap.

Bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran hampir 20 tahun, Kak Ana turut menggunakan pengalaman sedia ada dalam dunia bisnes coklat.

“Walaupun masih baru dalam dunia Chocodap’s, saya dah ada niat untuk kekal di sini. Walaupun hanya bisnes sampingan rasa seronok itu semakin menebal dalam diri.

“Buktinya, dengan hasil berniaga saya mampu untuk ada simpanan duit untuk masa depan dan berhasil membelikan anak sebuah laptop untuk kegunaan dia di kolej. Bukan itu sahaja, duit pendaftaran ke kolej juga saya guna daripada hasil berniaga Chocodap’s,” katanya penuh syukur.

Ibu kepada lima orang anak ini menyimpan impian untuk mempunyai simpanan agar selesa di hari tua kelak.

Tambahnya, dia berazam untuk langsaikan segala pinjaman rumah dan kereta secepat mungkin. Dalam masa sama, Kak Ana juga mahu bantu lebih ramai usahawan baharu terutama golongan suri rumah yang berminat untuk mengubah masa depan walaupun berniaga dari rumah.

Pada masa ini, Kak Ana turut membuka kiosk coklat di Pusat Beli Belah AEON Cheras Selatan.

“Bayangkan berniaga seminggu sahaja di situ saya boleh collect jumlah jualan yang lumayan sekitar RM5000. Dalam seminggu sahaja, jumlah jualan memang Alhamdulillah. Syok sangat, Insha Allah saya akan sambung tempoh berniaga di sana untuk jangka masa lebih lama lagi,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment