Hari OKU Sedunia: Ubah Mindset, sibukkan diri berniaga cara Bro Bob BANGKIT

“Bila dah ada status Orang Kehilangan Upaya (OKU), tak semestinya kita tak boleh berjaya macam orang normal. Paling penting, kena ubah cara berfikir. Kalau semua benda negatif ajer, memang tak ke mana lah hidup kita,” kata Bob atau nama sebenarnya Munawir Omar.

Ujar Bob yang kini berusia 50 tahun, dia tidak menjadikan kekurangan fizikal sebagai alasan untuk duduk di rumah dan berputus asa.

Bergelar usahawan coklat sejak tahun November tahun lalu, dia menyeru rakan-rakan senasibnya bangkit dan buat sesuatu untuk ubah nasib.

“Saya akui pada awal masa jatuh sakit dulu, sudah pasti hati ini rapuh dan ada perasaan putus asa tetapi kesedihan itu saya tak biarkan berpanjangan.

“Takkan saya nak duduk diam layan murung, sampai bila nak begitu. Saya bangkit dan berniaga online. Sekarang semua sudah di hujung jari. Dari mana-mana pun boleh berbisnes.

“Bila kita sibukkan diri dengan buat sesuatu, kita tiada masa untuk melayan hati lara. Sedih itu sudah pasti tapi jangan biarkan berpanjangan. Hidup harus diteruskan,” katanya.

Akui Bob, dia yang sibuk menjalankan bisnes coklat di tapak bersebelahan HAS Patin Batu Caves, Gombak, dia seperti mendapat ‘nyawa’ baharu dan tidak sesekali berasa kurang dalam hidup.

“Alhamdulillah seronok berniaga coklat, ramai yang beri sokongan dia car boot sale saya di Gombak. Adakala saya lupa yang saya OKU, nampak tak bagaimana bila kita sibuk, kita akan lupa hal-hal yang membuatkan kita down.

“Atas sebab itu juga saya menyeru rakan-rakan senasib agar join Chocodap’s. Ingat, dunia belum berakhir bila kita disahkan OKU. Masih ada harapan untuk orang seperti saya. Doa dan usaha, Insha Allah jika dua ini seiring, kejayaan akan menanti di depan sana,” akhiri Bob.

Terdahulu, Bob kemalangan sewaktu bekerja sebagai pemandu Tesco Online pada 2015. Akibat kemalangan itu, dia disahkan hilang upaya untuk bekerja memandangkan mengalami Slip Disc. Bob juga berdepan dengan penyakit kencing manis yang menyebabkan penyakitnya semakin melarat seterusnya lima jari kakinya terpaksa dipotong.

Kini Bob meneruskan kehidupan dengan bergelar usahawan Chocodap’s di perkarangan kawasan food truck HAS PATIN Batu Caves, Gombak. (dekat Petronas Selayang menghala Gombak).

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment