“Beri peluang, kami juga boleh ubah dunia”- Selamat Hari OKU Sedunia 2021

Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Seandainya kejayaan atau kekayaan yang anda mahukan, bukan hanya doa semata. Perlu ada USAHA!

Mana mungkin dengan doa tanpa usaha, kejayaan datang bergolek begitu sahaja.

Tanggal 3 Disember setiap tahun, dunia meraikan sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU). Hari ini merupakan hari istimewa yang dipupuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1992.

Sambutan ini adalah sebahagian daripada inisiatif meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU. Pelbagai inisiatif daripada pihak Kerajaan telah dilakukan bagi membantu golongan OKU agar tidak tercicir dalam agenda pembangunan negara.

Pada hari ini juga kita dapat menyaksikan ramai golongan OKU yang menceburi bidang perniagaan malah ramai yang membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang untuk berjaya.

Di Chocodap’s, Alhaffis Ismail yang merupakan ejen di peringkat General juga dikenali sebagai insan cukup berdedikasi dalam menyebarkan manfaat Chocodap’s kepada golongan OKU.

Haffis juga menitipkan doa agar golongan OKU terus diberi peluang bagi membuktikan kepada masyarakat mereka juga mampu berjaya dan ada pendapatan sendiri sama seperti orang lain.

“Assalamualaikum. Golongan OKU sentiasa dekat di hati saya dan juga masyarakat dan amat wajar sekali kami diberi hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan biasa sama seperti masyarakat lain.

“Meskipun ada kekurangan dari segi fizikal, kami juga boleh ubah dunia. Dari segi kepimpinan dalam bidang bisnes atau pengurusan, saya percaya lebih ramai golongan OKU akan keluar menunjukkan bakat atau kemampuan tidak kira dalam bidang apa sekalipun.

“Itu sahaja yang saya harapkan iaitu peluang. Saya pasti ramai orang seperti saya yang mahu buat come back dan restart balik hidup selepas pernah diuji dengan masalah kesihatan. Di Chocodap’s, peluang untuk bergelar usahawan coklat terbuka untuk semua peringkat, dari muda ke tua, lelaki atau wanita, OKU atau tidak, semua boleh lakukannya.

“Itu yang saya usahakan sehingga kini kerana saya tidak mahu sia-siakan peluang yang diberikan. Insha Allah doakan saya agar bergelar jutawan coklat tidak lama lagi,” akhiri Haffis.

Haffis yang mengalami kecederaan parah selepas terlibat dengan kemalangan di Kuala Selangor pada 2017 mengalami lumpuh di kaki bahagian kanan.

Namun begitu, Haffis tidak pernah menyalahkan takdir malah bangkit untuk ubah hidup dengan bergelar usahawan coklat sejak Jun 2020.

Selepas setahun bergelar ejen Chocodap’s, Haffis kini mampu menarik nafas lega dengan jualan sebanyak 51,405.50 bermula Ogos 2020 sehingga Disember 2020 manakala jualan tertinggi sebanyak RM 21,000 pada Februari 2021.

Ayuh Chocodian’s, kita doakan akan rezeki terus menyebelahi Haffis dalam bisnes seterusnya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bekerja.  

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment