CEWAH! Hati Kak Tyq Dup-Dap-Dup-Dap pertama kali nampak Chocodap’s

Tak perlu tunggu gaji hujung bulan, anytime boleh masuk mall cari barang. Itu yang best bila ada dalam team Chocodap’s!

Demikian pesanan daripada ejen bernama Siti Atiqah Md Taib atau mesra dengan panggilan Kak Tyq.

Wanita berusia 29 tahun ini mengaku gembira dapat menjual makanan yang bukan ikut musim.

“Tak sempat nak simpan stok, licin kak. Manalah saya tak happy. Saya masih ingat first time saya nampak Chocodap’s, hati terus dup-dap-dup-dap, jatuh cinta pandang pertama gitu,” katanya ketawa.

Ujar Kak Tyq, di fasa awal permulaan bersama Chocodap’s dia dapat mengumpul tempahan sebanyak tujuh kilogram coklat.

“Letak je gambar, berdesup order masuk. Tak perlu ayat-ayat lentok-lentok nak menangi hati pembaca.

“Coklat, tengok gambar pun pasti sesiapa pun jatuh hati. Macam saya kata tadi, coklat memang bukan produk bermusim. Mana-mana majlis, kahwin ke hari jadi ke malah hari-hari biasa pun, ramai yang cari coklat. Lagi-lagi bila balik kerja hati tengah stress, coklat boleh jadi ‘ubat’,” katanya teruja.

Tambah ibu dua anak ini, dia juga gembira menerima ganjaran daripada pihak HQ antaranya barang kelengkapan dapur iaitu Air Fryer.

Duit pun dapat, ganjaran hadiah pun dapat. Amacam best kan?

Untuk rekod, Kak Tyq berjaya meraih pencapaian jualan berkumpulan RM 66,311 dari Julai ke Oktober 2021. Dalam empat bulan saja, Kak Tyq berjaya lakukannya, kalau dia boleh anda pun pasti boleh!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment