Sanggup lepaskan kerjaya lama, bekas security guard pasang niat ubah nasib

“Seronok jadi guard cuma dalam hidup saya mahu cuba sesuatu yang baharu, tidak hanya duduk di takuk lama. Alhamdulillah saya berjumpa dengan Chocodap’s yang banyak ubah nasib kami sekeluarga,” kata Kak Asmahtulliza Bt Abu Samah atau Kak As yang meninggalkan kerjaya yang dicintai untuk menyertai Chocodap’s.

Kongsi Kak As yang memiliki peribadi yang cukup peramah dengan orang sekeliling, pengalaman bergelar pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Johor banyak mematangkannya terutama membentuk dirinya untuk menjadi lebih sabar.

Begitu juga dalam dunia bisnes, Kak As percaya kejayaan bakal menanti di depan sekiranya ada sifat sabar ditambah dengan usaha konsisten.

“Walaupun hati berat nak berhenti jadi guard, saya terpaksa berhenti. Kerja memang best, duduk saja dan dua jam sekali ronda sambil kunci jam. Memang syok!

“Saya percaya dalam hidup kita kena berani untuk cuba atau hijrah ke sesuatu yang belum pernah kita buat untuk ubah nasib jadi lebih baik. Mujur suami sokong dengan keputusan saya untuk bergelar usahawan coklat,” kongsi kak As.

Tambah wanita berusia 44 tahun ini, dia bersyukur kerana dikelilingi dengan insan hebat yang banyak memberi sokongan untuk terus berjaya dalam bisnes.

“Saya akui saya tidak pandai berbisnes tapi dengan ada insan-insan yang tak henti beri moral support kepada saya, semangat untuk berjuang itu semakin kuat. Saya mahu buktikan bahawa bekas pengawal keselamatan juga mampu untuk bergelar usahawan coklat berjaya suatu hari nanti. Doakan saya ya,” akhiri Kak As yang kini berada di bawah team J2V.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment