Ada haters dalam bisnes? Baca perkongsian ini!

Pakar motivasi terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman pernah berkongsi pesan “Dalam bisnes kena ada law of certainty, anda perlu tahu life line anda.  Average hidup sampai umur berapa dan berapa lama anda boleh mampu kerja dan mampu jadi insan bermanfaat selama anda hidup ni”

Kalu lihat semula nasihat itu, kalau ianya sangat bermakna bagi anda, dah pasti anda semua yang kena kecam dengan haters akan melihat bisnes anda dari sudut berbeza. Masa untuk kita berada di dunia ni singkat.  Setkan minda untuk hidup dan memberi lebih banyak manfaat dan anda akan jadi usahawan yang TIDAK akan terkesan dengan haters.

Bila ada haters, sebenarnya ia menunjukkan mereka kenal anda serta sedar kemampuan anda untuk buat apa.  Sebab itu mereka mula bercakap tentangnya. Masalahnya, mereka lihat kemampuan anda dari perspektif yang berbeza atau dari sudut yang salah.  Mungkin ia disebabkan pengalaman mereka di masa lampau dengan orang lain, atau ada ketakutan dalam diri mereka walaupun sebenarnya mereka bersetuju dengan apa yang anda buat.

Apa yang haters cakap, tulis dan setiap kecaman sebenarnya berbaur emosi dan perkara yang melibatkan emosi selalunya lebih mudah untuk menarik perhatian orang. Tak semua yang baca atau dengar kecaman haters akan bersetuju dengan ideologi mereka.

Dalam masa sama, haters sedang mencipta marketing percuma kepada lebih ramai orang kerana ianya akan buat lebih ramai orang terkesan dan tahu tentang bisnes anda.

So, don’t worry so much dengan haters!

Kuatkan minda dan perasaan anda. Jangan bertindak mengikut emosi. Ambil pendekatan untuk lebih positif. Dan teruskan bisnes dan buat lebih baik dari biasa. InsyaAllah, jika niat anda nak beri manfaat kepada lebih ramai orang, ianya akan dipermudahkan.

Kredit: https://richworks.com

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment