Tak pernah terfikir jadi peniaga coklat, Lina J2V masih dalam proses belajar, “Yang suka bisnes bukan saya tapi…”

Pernah berkhidmat di salah sebuah syarikat minyak & gas, Puan Wan Nur Fadzlina Wan Nawawi @ Lina,  tidak menyangka kini bergelar usahawan coklat sepenuh masa.

Bidang dan persekitaran yang cukup berbeza, Lina akui masih dalam proses meneroka dunia bisnes coklat yang disertai sejak tahun 2019.

“Kalau nak tahu, saya tak pernah terfikir nak berniaga. Dulu dah selesa duduk di pejabat dan kerja di bidang O&G. Namun langit tak selalu cerah, syarikat akhirnya umum terpaksa ditutup gara-gara terjejas teruk selepas pandemik melanda.

“Mujur saya diperkenalkan mengenai Chocodap’s oleh Sha yang kini merupakan rakan kongsi dalam J2V Chocodap’s.

“Bukan tak minat berniaga cuma tak pernah terfikir untuk buat sepenuh masa. Saya pernah bisnes alat kosmetik dulu tetapi sekadar sampingan. Tapi bila dah buat bisnes full time, rasa syok pula,” katanya ketika dihubungi.

Menceritakan detik bagaimana Lina terjebak dalam dunia coklat, dia memberitahu segalanya adalah idea sahabatnya, Sha.

“Yang suka berniaga bukan saya tapi Sha. Niat memang nak cuba tapi macam takut-takut. Ya lah, saya takda pengalaman jual makanan.

“Lagi satu waktu itu Big Why saya tak jelas. Berniaga sekadar saja-saja. Bila syarikat tempat bekerja ditutup, saya mula fikir untuk terus fokus.

“Part paling terkejut, gaji yang saya dapat di Chocodap’s, sama banyak dan kadang-kadang komisyen dapat lagi banyak dari yang saya pernah dapat ketika bekerja di syarikat O&G. Kalau saya tahu gaji banyak macam ni, dah lama saya join Chocodap’s,” katanya sambil ketawa.

Berkongsi soal Big Why, fokusnya kini bukan hanya untuk keluarga sendiri malah untuk anak-anak di bawah team J2V.

“Dalam bisnes saya tidak mahu lagi nak senang seorang diri tapi saya nak senangkan semua orang. Kalau nak kata bab selesa, Alhamdulillah kehidupan saya dan keluarga berada di zon selesa memandangkan suami pun masih bekerja.

“Cuma kalau boleh saya nak bantu anak-anak team saya dapat gaji yang mampu beri mereka keselesaan. Kita bangkit bersama, itu janji saya dengan anak-anak team terutama golongan suri rumah yang mahu jana income setaraf orang bekerja di pejabat walaupun hanya dari rumah. Insha Allah suatu hari nanti, kita berada di puncak bersama-sama,” akhirinya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment