Bisnes tadika kembali rancak, Mior tak terfikir tinggalkan Chocodap’s. Pasang strategi untuk kekal konsisten

Gara-gara pandemik, ramai peniaga terpaksa menutup terus atau menangguhkan operasi sejak awal tahun lalu.

Baru-baru ini, Kerajaan akhirnya memberi kelonggaran kepada pengusaha untuk merancakkan kembali aktiviti perniagaan semula tetapi harus menetapi Prosedur operasi standard (SOP).

Bagi Mior Jalaluddin Bin Jamaluddin yang mengakui bisnes tadikanya terjejas teruk sejak pandemik dan memilih untuk fokus kepada perniagaan Chocodap’s akhirnya mampu menarik nafas lega selepas mendengar pengumuman mengenai kelonggaran aktiviti perniagaan.

Memiliki enam cawangan tadika di kawasan Alam Impian dan Bukit Naga, Shah Alam, Mior masih meletakkan fokus penuh kepada bisnes coklat meskipun harus bijak membahagikan masa antara tadika dan Chocodap’s.

“Alhamdulillah, kanak-kanak dah boleh ke sekolah semula. Lega hati saya. Namun dalam masa sama, bila sekolah dah buka, saya tak terfikir untuk lupakan Chocodap’s. Kerana bisnes ini banyak membantu ketika musim pandemik dulu.

“Macam saya pernah kata sebelum ini, bisnes Chocodap’s antara bisnes yang mendapat permintaan tinggi tak kira musim. Musim pandemik atau sebelum ini pun, orang mesti cari coklat,” katanya.

Lebih menarik, Mior bijak membahagikan masa antara bisnes tadika dan coklat. Katanya dia akan mengajar pada siang hari manakala sebelah petang pula, dia fokus untuk jualan Chocodap’s.

“Di tadika, ada juga ibu-bapa kepada anak-anak kecil ini yang berminat sertai Chocodap’s. Di tadika, saya ada jual pek coklat dalam packaging kecil dengan harga RM1 sahaja. Dari situ mungkin ibu-bapa berminat bila dah rasa coklat Chocodap’s memang sedap rasanya,” akhiri Meor.

Untuk kali keempat, Mior terpilih menerima Super Star Reward apabila berjaya menjadi ejen yang mencecah jualan peribadi sebanyak RM 5000 untuk bulan November 2021.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment