If you want to go fast, go alone but if you want to go far, go TOGETHER!

Teamwork, Teamwork, Teamwork! Itu kekuatan yang perlu dipegang kalau nak berjaya.

Dalam dunia bisnes bukan semata-mata tentang marketing & sales tetapi ia lebih dari itu.

Kejayaan sesuatu organisasi bergantung cara bagaimana orang-orang di dalamnya berkomunikasi dan mengendali bersama. Jelas sekali, sikap berpasukan sangat sangat penting dalam menaikkan jenama. Saling berkongsi maklumat, saling memberikan motivasi, serta membantu membuat keputusan yang lebih baik. Itu kekuatan kami di sini.

Jangan lupa, bila hati kita tenang & dapat bahagiakan insan-insan di sekeliling, lebih banyak ‘magnet’ rezeki yang akan melekat dengan kita. Bukan hanya membahagiakan diri sendiri dan keluarga kita sahaja, tapi semua yang bersama kita yang punya matlamat sama.

Baru-baru ini, Chocodap’s mengadakan hari keluarga untuk kesemua King. Sesi refresh dan berkongsi idea untuk memantapkan perjalanan syarikat untuk tahun seterusnya, semuanya dikongsi di sini.

Ada juga acara sukaneka untuk memeriahkan lagi sesi hari keluarga kali ini. Memang seronok bila dikelilingi circle yang sporting dan saling menyokong antara satu sama lain.

Jutaan terima kasih kepada King yang hadir antaranya Nursalfarina, Nadhirah Abd Jalal, Noorhayati Che Razak, Wan Nor Fadzlina, Salfarina Mamaryna, Nurazrah Hanem, Safiyah Kamsani & Sakinah Harun.

Ingat pesan ini, ‘If you want to go fast, go alone but if you want to go far, go TOGETHER!’

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s
Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment