“Dulu tak support, sekarang dia yang…” – Tak kenal maka tak suka, bila dah kenal terus jatuh cinta!

“Kalau dulu, suami tak berapa berkenan saya jual coklat. Tapi lepas pandemik bermula, terbukti Chocodap’s buka peluang untuk kami buat duit. Sejak itu, suami lagi all out uruskan bisnes coklat,” kongsi Nasuha Yahya membuka cerita bagaimana dia dan suami mula ‘terjebak’ dengan bisnes Chocodap’s.

Kongsi Nasuha atau Kak Sue, pada awalnya dia agak takut untuk mula berniaga coklat memandangkan mempunyai pengalaman berniaga pelbagai produk sebelum ini.

Kata Kak Sue, dia terkejut dengan respon diterima ketika pertama kali mengiklankan jenama Chocodap’s di platform WhatsApp.

“Mula-mula saya letak gambar saja. Selang beberapa minit, berderet kawan-kawan order. Masa tu memang syok ambil order sampai tak menang tangan.

“Part sedihnya, saya minta suami back up tapi dia macam tak berapa minat. Ada juga la kami gaduh-gaduh manja sebab hal bisnes ni. Lagi-lagi part nak hantar coklat, alahai…’perang’ sekejap lah waktu tu.

“Tapi itu dulu. Bila mula PKP, segalanya berubah. Suami mula tunjuk minat untuk join berniaga bersama. Dia nampak hasil berniaga itu ada malah bisnes jual coklat ini ada pulangan serta tidak buang masa,” katanya.

Ibu kepada tiga orang anak ini memberitahu, suaminya turut menjadi usahawan Chocodap’s sepenuh masa sejak PKP bermula awal tahun lalu. Ini kerana suami tidak dapat bekerja di tempat lama akibat terjejas dek pandemik.

Lebih membanggakan, hasil berniaga Chocodap’s juga, mereka sekeluarga mampu membayar pinjaman rumah dan dua biji kereta. Bukan itu sahaja, hasil berniaga juga membolehkan mereka meneruskan kelansungan hidup dengan selesa.

Hasil berniaga sepanjang bersama Chocodap’s, Puan Nasuha memperoleh jualan berkumpulan sebanyak RM 69,593.50.

Tahniah buat Puan Nasuha dan suami, Mohamad Zari atas pencapaian di Chocodap’s! Semoga dilimpahkan rezeki yang banyak di masa akan datang atas usaha yang diberikan terhadap Chocodap’s. Insha Allah.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment