Syok pulang kampung, tapi lebih syok kalau ada…

‘Balik kampung, hoo hoo hooo balik kampung, hoo hoo hoo hati riang…’

Memang syok kalau dapat rentas negeri dan balik kampung berjumpa keluarga & sanak saudara. Dah hampir Sembilan bulan kita ‘berkampung’ di dalam rumah, ini masanya yang ditunggu.

Tapi excited biar berpada-pada. Jangan pula mata dan badan penat, kamu masih teruskan pemanduan untuk balik ke kampung halaman!

Ingat faktor utama kemalangan jalan raya banyak berpunca dari kecuaian diri sendiri termasuklah memandu jarak jauh dalam keadaan mengantuk.

Kami kongsikan tips bagaimana untuk hilangkan rasa mengantuk ketika memandang di lebuh raya.

  1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Pemandu harus berada dalam keadaan segar dan tidak mengantuk sebelum memulakan perjalanan.
  2. Minum kopi, teh atau minuman isotonic. Minuman ini boleh membuatkan kamu terus fokus di jalan raya.
  3. Kalau mengantuk, berhenti di hentian atau R&R. Berehat dan minum sebentar.
  4. Berbual dengan penumpang di sebelah. Kalau bersendiri, buka radio supaya lebih alert dan seronok.
  5. Paling penting, sediakan snek atau makanan ringan.

Chocodap’s kan ada? Standby 2-3 paket di sebelah, hilang lah mengantuk kamu nanti. Kunyah punya kunyah, sedar tak sedar kamu dah sampai ke kampung halaman. Amacam, siapa dah try?

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment