Tutup kedai jual kelapa angkara pandemik, Ammu cekal mula bisnes baru

Ramai peniaga yang terpaksa menutup perniagaan dari terus menanggung rugi sejak pandemik menyerang negara.

Puan Batimani Appalanaidu atau Ammu mengakui antara yang terkesan gara-gara pandemik sehingga terpaksa menutup kedai kelapa muda yang diusahakan.

“Sebelum pandemik, saya usahakan bisnes kelapa muda di Johor Bahru.

“Tapi disebabkan penularan pandemik Covid-19 dan langkah sekatan dilaksanakan kerajaan membuatkan kita semua disarankan untuk duduk di rumah.

“Disebabkan tiada pelanggan maka tiada pulangan modal. Saya dan suami tak sanggup mengambil risiko untuk sambung berniaga,” kongsinya.

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Ammu mengambil keputusan untuk mencari peluang baharu.

Oleh disebabkan dah biasa berniaga, Ammu nekad untuk mencari peluang memulakan semula perniaga dengan menjual produk coklat.

“Kalau sebelum ni saya pernah bisnes kelapa muda dan besi lama, sekarang nak tukar angin.

“Orang mungkin nampak coklat ni bisnes sesuai untuk orang muda. Tapi saya juga penggemar coklat dan berminat untuk mengetengahkan coklat sebagai medium untuk menjana pendapatan,” katanya.

Pada usia 50 tahun, Ammu berkata tidak mustahil dia membangun bersama Chocodap’s yang disertai sejak Jun tahun lalu.

Ammu yang kini duduk di kerusi Commando berharap bisnes Chocodap’s yang diusahkannya terus mendapat tempat seterusnya dapat mengikut jejak langkah usahawan King yang berjaya bergelar jutawan Chocodap’s.

Kongsi Ammu, dia menyifatkan Chocodap’s sebagai bisnes yang mudah untuk diurus dan dalam masa sama, pulangan untuk mendapat empat angka juga mudah tetapi perlu disusuli dengan usaha. Kalau tak usaha, mana-mana bisnes pun tak akan ke mana, kan?

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment