Cabaran FB Live 30 hari berjaya ubah karakter Erdayu Rosli, “Kalau dulu asyik bagi alasan kalau disuruh LIVE”

Facebook Live menduduki trend online video yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial. Ini kerana ramai peniaga online sekarang menggunakan Facebook Live untuk melariskan jualan produk dan servis mereka di online terutama Facebook.

Ejen Chocodap’s juga tidak terkecuali dalam hal ini. Peluang dah ada depan mata? Kenapa nak sia-siakan, betul tak?

Puan Erdayu Rosli atau King Ayu, dia mengaku pada awalnya agak janggal untuk bersiaran secara live di Facebook memandangkan karakternya yang pemalu.

“Mula-mula bila disuruh untuk buat FB Live challenge 30 hari, saya macam malu-malu juga sebab jarang buat live.

“Harini dah masuk hari ke 19 saya buat FB Live, Alhamdulillah dah tak macam awal dulu. Lebih yakin untuk berkongsi info mengenai kelebihan Chocodap’s.

“Dulu nak tekan live button tu pun berat je rasa. Ada saja alasan saya bagi macam tak sempat sebab COD coklat lah, penat coaching team lah, kemas rumah lah. Ternyata bila saya dah try, lain macam semangat yang datang,” kata Ayu tertawa.

Ayu percaya dengan mencipta komitmen diri, kejayaan akan semakin dekat dengan diri.

Mengambil tugasan FB Live 30 hari sebagai cabaran yang perlu dilalui sebagai seorang leader, Ayu mahu membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia bisnes asalkan diselangi usaha.

Kata Ayu, dia teruja melihat sokongan rakan-rakan di Facebook yang menonton setiap hari.

“Walaupun ada yang belum join Chocodap’s tapi lihat mereka tonton perkongsian saya dia FB Live buat saya happy.

“Apatah lagi bila tengok dorang share di Facebook, tersentuh hati saya sebab ramai yang menyokong dalam diam rupanya. Alhamdulillah ramai yang dah panggil saya ‘Akak Coklat’ lepas hari-hari buat FB Live,” kongsi Ayu.

Kata Ayu, ramai anak-anak team yang mengikut jejak langkahnya untuk membuat perkongsian mengenai Chocodap’s di Facebook masing-masing. Wah makin meriah nampaknya lepasni!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment