Tak mahu lagi stress berniaga, Kak T ada alasan tersendiri pilih Chocodap’s

Ejen Chocodap’s seterusnya ni memang ramah orangnya. Puan Che Puteh Mohd Sulaiman nama diberi, unik namanya seunik keperibadiannya!

Mesra dipanggil Kak T, wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa ini mula menyertai Chocodap’s pada Februari lalu kerana tertarik dengan modul perniagaan yang ‘sempoi’ dan menarik.

“Kenapa saya cakap senang sebab sebelum ini saya dah jual pelbagai produk. Salah satunya produk kesihatan. Nak berniaga produk kesihatan, saya agak stress kerana kena selesaikan masalah orang. Target customer yang mencari produk kesihatan selalunya orang yang ada masalah kesihatan. Jadi product knowledge kena bagus. Nak cari customer pun kena tahu target customer yang boleh gunakan produk itu dan siapa yang tak boleh. Jadi saya rasa banyak benda yang perlu diambil kira.

“Atas sebab di ata saya mahu mencari produk yang mudah dan tak susah untuk dijual. Segalanya bermula selepas saya menyertai kelas Bina Bisnes Berjaya (BBB) yang dianjurkan oleh Datuk Dr Azizan Osman. Saya ada terdengar juga tentang kejayaan pengasas Chocodap’s iaitu Ticer Sarah ketika sesi kelas berlangsung,” kongsinya.

Segalanya kebetulan apabila suami Kak T membawa pulang beberapa paket Chocodap’s. Kata kak T, dia dan anak-anak merupakan penggemar coklat.

“Bila dah makan tu saya cakap ‘eh sedap pulak coklat ni’. Belek-belek paket coklat tu, Chocodap’s rupanya. Sejak itu saya mula risik untuk mendaftar jadi ejen. Maklumlah saya pun sedang cari produk yang senang dijual.

“Bila dah join Chocodap’s, banyak benda yang saya belajar. Malah circle group yang saya jumpa rata-rata amat positif orang-orangnya. Dari kelas coaching dari founder Chocodap’s sendiri, banyak ilmu saya dapat antaranya zero cost marketing. Sepanjang saya berbisnes, pertama kali saya dapat belajar banyak ilmu berniaga tanpa modal yang besar. Alhamdulillah walaupun masih baharu di sini, saya selesa dengan segala tunjuk ajar dan syukur perjalanan saya bersama Chocodap’s dipermudahkan,” ucapnya syukur.

Dalam masa sama, Kak T juga bersyukur kerana memiliki bisnes coklat yang banyak membantunya sebagai seorang suri rumah.

“Dulu dah biasa bekerja, dah biasa pegang duit sendiri. Jadi bila ada bisnes online ni, terubat rindu nak bekerja. Selepas berkahwin, suami minta saya untuk duduk rumah dan fokus kepada anak-anak. Selain itu juga saya dapat juga bantu apa yang patut memandangkan kesihatan suami yang tidak berapa sihat sejak lima tahun lalu selepas dia diserang strok.

“Mujur juga ada Chocodap’s. Dengan bisnes dari rumah saja, saya dapat jana untung cecah empat angka. Alhamdulillah,” akhiri kak T.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment