Orangnya genit tapi semangatnya besar, gadis usia 18 tahun kongsi cerita menarik ‘hari jatuh cinta’ dengan Chocodap’s!

Adik manis Chocodian’s sorang ni baru saja menginjak usia 18 tahun. Masih muda tapi semangatnya besar untuk berjaya dalam bisnes!

Kata pemilik nama Alya Syazwani Muhamad Salihin atau panggilan mesra, Yaya, dia ada sebab tersendiri kenapa akhirnya ‘terjebak’ untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Chocodap’s di Negeri Sembilan.

Agak-agak kenapa tu?

Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bercita-cita nak masuk ke IPTA dan ambil course yang saya minat. Tapi perancangan saya tak menjadi seterusnya membuatkan saya rasa stress. Bila dah tak keruan di rumah, makcik saya bawakan coklat. Bila mula-mula cuba tu, saya terus ‘Wow, boleh tahan sedap. Tak macam coklat lain’. Percaya tak lepas saya makan je Chocodap’s, mood saya yang mula-mula tak berapa nak elok tiba-tiba je bertukar jadi OK!

Lepas kejadian tu baru saya tahun makcik saya merupakan salah sorang ejen aktif di Chocodap’s. Saya pun berminat nak ikut jejak langkah dia tapi saya bermula sebagai Dropship dulu. Sambil menunggu keputusan untuk masuk ke IPTA, saya mula berniaga kecil-kecilan dengan menjual Chocodap’s. Dari saya duduk diam di rumah, baik saya buat sesuatu yang tambah duit poket kan?

Pengalaman menarik bersama Chocodap’s

Banyak sangat! Paling terkejut bila keluarga dan rakan-rakan ramai yang support bisnes saya. Tambahan bila dapat keluar COD coklat ke rumah pembeli, excited sungguh. Macam tak percaya dalam masa tiga minggu saja, saya dapat buat sales sebanyak RM 567. Di usia 18 tahun, angka itu besar dan bererti bagi saya. Apatah lagi berniaga dari rumah. Saya hanya guna platform WhatsApp dan Facebook untuk buat marketing berniaga coklat. Seronok sangat, Alhamdulillah!

Bukan itu saja, baru-baru ini saya ada join contest di FB LIVE anjuran Chocodap’s HQ. Saya dipilih menjadi ahli Dropship dengan memiliki pelanggan tertinggi pada bulan lalu. Macam tak percaya sebab mula-mula nak masukkan order dalam google form pun terkial-kial, nasib baik makcik saya bantu. Kalau tak, nama saya mesti tercicir untuk join contest tu. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya dengan mencecah bilangan pembeli paling ramai iaitu 243 pelanggan. Alhamdulillah seronok dapat first achievement di Chocodap’s!

Di mana ada usaha, di situ pasti ada pintu kejayaan! Kalau adik Alya mampu lakukannya, anda pasti boleh. Dengan guna platform media sosial yang anda anda, tak mustahil anda mungkin jutawan coklat seterusnya. Daftar sebagai ejen cepat-cepat, kalau tak pandai berniaga jangan risau kerana bimbingan disediakan.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment