Selamat Ulang Tahun ke-6, Chocodap’s!

Apa istimewanya bulan Oktober untuk Chocodap’s?

Maka genap sudah usia jenama Chocodap’s ke enam! Menginjak naik satu angka lagi bermaksud kami terus diberi peluang untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan coklat tempatan mahupun antarabangsa.

Sempena ulang tahun ke-6 ini, kami mempunyai cara berbeza untuk menghargai para Ejen, Dropship & Pelanggan setia yang kekal menyokong kami sejak 2015 lagi. Pelbagai peraduan dianjurkan, hadiah berupa wang tunai sebagai ganjaran dan juga kelas bimbingan cara berniaga kekal bersiaran sepanjang Oktober ini.

Usaha di atas dilakukan bagi menarik minat sekaligus merapatkan hubungan sebagai sebuah keluarga besar di Chocodap’s.

Besar harapan kami agar jenama Chocodap’s kekal menjadi coklat pilihan nombor satu di Malaysia dan terus dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan cemerlang di masa akan datang.

Doakan agar Chocodap’s berjaya meluaskan pasaran lebih jauh malah dapat terbang lebih tinggi kelak. Sekali lagi, ikhlas dari hati paling dalam, Terima Kasih!

“May we soar higher and higher”

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment