Suri rumah berjaya beli rumah pertama hasil jual coklat, hebat bukan?

Buat sampai jadi!

Kak Nad atau nama penuhnya Nurul Nadhirah Abdul Jalal yang merupakan antara usahawan berjaya Chocodap’s, dia menyifatkan tahun 2021 antara tahun cukup bermakna apabila berjaya memiliki kediaman baharu yang luas dan selesa.

Rumah teres setingkat yang terletak di Juasseh, Negeri Sembilan selamat didiami oleh Kak Nad sekeluarga sejak sebulan lalu.

Kongsi lah sikit info kak Nad bagaimana tercetus idea untuk beli rumah pertama?

“Sejak tengok rumah di kawasan ni, hati kak Nad terus jatuh cinta. Tapi nak cari duit untuk deposit sebelum dapat beli tu, pening kepala lah juga. Harga keseluruhan tak termasuk kos renovasi rumah sekitar RM 318,000. Untuk duit pendahuluan, kak Nad perlu bayar 10 peratus daripada harga rumah, lebih kurang hampir RM32,000.

“Alhamdulillah walaupun kak Nad seorang suri rumah yang bekerja sebagai agent Chocodap’s, ketika nak apply loan Allah SWT permudahkan urusan kak Nad. Waktu nak apply, kak Nad sertakan sekali penyata bank, Salinan SSM yang membuktikan kak Nad bekerja sendiri dan mempunyai aliran wang keluar masuk yang mampan, Alhamdulillah loan kak Nad diluluskan.

“Allah SWT yang tahu betapa gembiranya hati kak Nad bila dapat tahu loan lulus. Untuk duit deposit pula, kak Nad memang guna duit simpanan hasil berniaga Chocodap’s, Alhamdulillah dapat kak Nad beli rumah hasil berbisnes sejak 2018,” katanya gembira.

Berkongsi cerita sebab kenapa dia memilih lokasi Juasseh, Negeri Sembilan, kak Nad memberitahu kediaman barunya berdekat dengan kediaman ibu tersayang.

Kongsi kak Nad lagi, dia dalam proses mengubah suai persekitaran rumah agar lebih menarik lagi!

“Nanti bila dah siap sepenuhnya, kak Nad share gambar penuh okay? Buat masa ni, kak Nad share gambar teaser sikit-sikit dulu. Bagi masa sikit lagi yer, nanti kak Nad akan share ruang yang ada dalam rumah ini.

“Best jual Chocodap’s ni. Siapa sangka dari jual coklat, kak Nad berhasil miliki rumah idaman,” katanya.

Wajah anak-anak kak Nad yang teruja ketika pertama kali masuk ke rumah baru.

Haaa tunggu apa lagi, mana tahu giliran anda pula lepas ini untuk miliki rumah idaman dengan berniaga coklat. Jom sertai keluarga Chocodap’s hari ini!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment