Powerlah! Modal RM 380 je, siapa sangka Kak Chik berjaya raih jualan ratusan ribu di musim pandemik

“Walaupun bergelar penjawat awam, ia bukan halangan untuk aktif berniaga,” kongsi Norashikin Yusoff menceritakan pengalaman awal ketika mula-mula menyertai Chocodap’s sejak tahun 2019.

Norashikin atau mesra dengan panggilan Kak Chik memberitahu dengan bermodalkan RM 380, siapa sangka dia kini berada di peringkat King yang mampu menjana pendapatan mencecah ratusan ribu Ringgit.

“Masa tu modal tak banyak. Kak Chik bergerak sendiri tanpa team. Dengan untung yang dapat, Kak Chik buat pusing modal untuk beli coklat. Alhamdulillah, bulan pertama berniaga kak Chik berjaya kaut untung RM 700. Satu angka membanggakan, maklumlah masa tu newbie lagi.

“Lepastu Kak Chik naik level Commando dengan mempunyai empat agent di bawah. Dropship pun ada berapa orang saja masa tu. Waktu tu, agak sedih sebab Kak Chik tak dapat capai KPI Commando. Down juga lah masa tu. Tapi bukan salah leader waktu tu, semuanya berpunca dari Kak Chik yang lambat ‘tangkap’ untuk urus team dengan efisyen.

“Kak Chik sedap time tu lemah uruskan team kerana uruskan beberapa produk, jadi tak fokus dibuatnya,” kongsinya.

Tak mahu melengahkan masa, Kak Chik mengambil keputusan untuk fokus kepada Chocodap’s sahaja dengan mendapat bimbingan daripada Tuan Ozir Zuri pada bulan Mac 2020.

“Alhamdulillah selepas mendapat bantuan mentor, Kak Chik lebih faham pengurusan team. Bulan April menampakkan impak positif apabila sales mula melonjak dari RM 1900 ke RM 13,800. Dalam masa sama, team juga semakin berkembang. Kami berjuang bersama-sama untuk sampai ke puncak.

“Bulan Jun 2020, Kak Chik naik ke peringkat General. Alhamdulillah dalam masa tiga bulan, Kak Chik mara ke level King pula. Masa itu team dah cecah 200 orang. Sungguh diri sendiri pun tak sangka boleh lead dalam kumpulan yang besar.

“November 2020, rezeki yang tak disangka apabila team dapat raih jualan RM 100,000 pertama dan Disember, Kak Chik berjaya lahirkan seorang King di bawah team Kak Chik iaitu, TDM Warriors. Alhamdulillah, dalam masa dua tahun macam-macam perkara positif berlaku. Ini asbab dikelilingi orang-orang yang positif untuk kita lebih agresif untuk sampai ke puncak kejayaan,” kongsi Kak Chik.

Meskipun tahun 2020 dunia diuji dengan pandemik, Alhamdulillah team TDM Warriors mencapai jualan berkumpulan sebanyak RM573,365.

“Dengan team yang berkembang seramai 400 orang, visi jadi lebih jelas. Kak Cik nak bantu lagi ramai wanita kat luar sana untuk atasi masalah kewangan.

“Adat dalam bisnes pasti ada cabaran tersendiri. Sales turun naik itu biasa. Tetapi setiap kali rasa tengah struggle, Kak Cik join kelas yang relate dengan masalah. Selepas itu, Kak Cik bimbing team dengan ilmu yang ada.

“Alhamdulillah, syukur sangat sebab bulan Januari hingga Jun 2021, Kak Cik dan team TDM Warriors dapat hit RM603,302. Dah dapat beat total sales setahun tahun lepas,” kongsinya lagi.

Pesannya sebelum akhiri perbualan, “Jatuh berkali kali memang sakit, memang perit. Tapi kesakitan itulah yang buat kita lebih kuat hadapi cabaran”

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment