Join suka-suka, tak sangka dapat reward RM 500

“Sebenarnya saya suka-suka saja untuk join Chocodap’s memandangkan saya ada kerja tetap. Tak sangka dari suka-suka, respon yang saya dapat memang wow,” kata ejen yang baru sahaja menyertai Chocodap’s pada bulan lalu, Puan Renugadevi A/P Hari Chandran.

Kata wanita berusia 35 tahun ini, dia yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan memberitahu disebabkan berasa bosan kerana jadual di tempat kerja tidak sesibuk dahulu, dia mencuba sesuatu yang baharu iaitu mula berniaga secara sambilan.

“Sebab tempoh lockdown, projek pembinaan sedikit perlahan berbanding tahun sebelum ini. Saya masih bekerja cuma tercari-cari sesuatu untuk dibuat memandangkan saya banyak di rumah dan tidak ke pejabat.

“Saya terjumpa iklan di sosial media mengenai pencarian Dropship Chocodap’s. Nampak menarik terus saya daftar. Tak sangka dari suka-suka, saya berjaya tarik seramai 50 orang pelanggan. Saya sendiri rasa macam tak percaya, ramai yang minat dengan bisnes coklat,” katanya.

Mula menyertai Chocodap’s pada 13 Ogos lalu, Puan Regu memasang impian untuk membuat simpanan wang yang banyak untuk urusan pengajian anak kesayangan.

Sementara itu, Puan Renu berkongsi dia menerima RM 500 di atas kejayaan mendapat 50 pelanggan dalam tempoh yang cepat. Hebat Puan Renu, semoga terus sukses dengan Chocodap’s!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment