Bermula sebagai Dropship, siapa sangka kejayaan Hanem menjadi INSPIRASI ramai

Walau masih dalam tempoh berpantang, fikiran Hanem atau nama sebenarnya Nurazrah Hanem masih ligat memikirkan cara untuk menghasilkan pendapatan yang lebat. Maklumlah, anak dah masuk dua. Pasti belanja lebih besar selepas ini.

Berkongsi kisah bagaimana Hanem bermula aktif sebagai ejen berjaya di Chocodap’s, Hanem mula mendaftar pada 16 Februari 2019, tepat 33 hari dalam tempoh berpantang.

Bermodalkan RM 395 dengan stok lima kilogram coklat, siapa sangka kejayaan Hanem menjadi inspirasi ramai di Chocodap’s sehingga ke hari ini.

“Saya bermula sebagai Dropship dulu. Perjalanan naik turun bersama Chocodap’s banyak mematangkan diri saya agar terus kuat melangkah dalam dunia bisnes coklat.

“Tiada kejayaan tanpa ujian. Dulu saya pernah memandu kereta riba anak kecil untuk hantar coklat ke rumah pembeli. Bukan itu saja, saya juga pernah berniaga booth membawa anak di tengah panas terik dengan digigit nyamuk waktu malam. Bila ingat balik pengalaman lama, tersenyum sendiri dibuatnya,” kongsinya tenang.

Hanem pada awalnya mengidam untuk makan coklat mula jatuh cinta dengan keenakan rasa Chocodap’s. Bila dah suka, mulalah tak tentu arah mencari di mana dia boleh dapatkan coklat sesedap ini.

Bila coklat dah ada di tangan, Hanem tidak mengambil masa panjang untuk terus mendaftar sebagai Dropship.

Alangkah terkejutnya Hanem apabila dia menerima respon luar biasa. Bayangkan masa tiga hari sahaja, jualan coklat Hanem mencecah ratusan Ringgit dalam sehari.

“ Saya masih ingat tangan mengigil untuk timbang coklat dan masukkan dalam sealer pack yang disediakan. Memang lucu bila dikenang tetapi momen itu akan sentiasa mekar di ingatan sampai bila-bila,” kongsinya teruja.

Wanita berusia 30 tahun ini tidak pernah menyesal dengan keputusannya bergelar usahawan coklat sepenuh masa.

“ Zaman sekarang duit tak turun dari langit. Kalau kita duduk goyang kaki tanpa berusaha memang susah. Tak ada modal nak berniaga bukan alasan untuk mula berbisnes, boleh mula sebagai dropship. Yang penting usaha perlu ada,” katanya.

Tambah Hanem, secara peribadi dia berpendapat walaupun bergelar suri rumah, sifat produktif perlu ada dalam setiap individu.

“ Dulu saya pernah bekerja, bila saya duduk rumah tanpa berbuat apa, saya rasa useless. Itu pendapat peribadi saya, untuk orang lain saya tidak tahu bagaimana. Daripada duduk rumah asyik tengok televisyen, kenapa tidak gunakan masa yang ada untuk lakukan sesuatu mendatangkan hasil pendapatan,” akhirinya positif.

Lebih membanggakan, Hanem memperoleh hasil menakjubkan dengan berniaga Chocodap’s.

Buktinya, Hanem berhasil menebus gelang emas yang digadai sejak lima tahun lalu. Bukan itu sahaja, wanita berusia 30 tahun ini dapat memberi wang bulanan secara konsisten kepada ibu-bapa dan adik beradik lain.

Sehingga kini, Hanem yang bergerak solo dua tahun lalu kini mempunyai 500 orang ejen dan dropship di bawah namanya.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment