Dulu biasa-biasa, sekarang LUAR BIASA! Ini cara Kak Mun ubah hidup

Dari seorang suri rumah ‘biasa-biasa’, Puan Maimun Ramli berjaya membuktikan kejayaan luar biasa dengan menjual coklat!

Puan Maimun Ramli atau mesra dipanggil Kak Mun yang bergelar suri rumah sejak 2014 memberitahu dia mengambil keputusan berhenti kerja selepas melahirkan anak kedua.

Ibu tiga anak ini berkongsi pengalaman bagaimana dia nekad untuk memiliki pendapatan sendiri walaupun bergelar suri rumah sepenuh masa. Dia yang sebelum ini pernah mengusahakan pelbagai jenis produk antaranya tudung, pakaian dan aksesori kanak-kanak akhirnya menemui jalan buntu apabila keuntungan di tangan tidak seperti diharapkan.

“Tahun 2014 menyaksikan di mana saya usahakan macam-macam produk. Saya beli tudung berkodi-kodi malah sampai sekarang ada lagi stok di rumah kerana tak terjual.

“Masuk tahun 2015, saya cuba pula jadi dropship jual pakaian dan aksesori kanak-kanak. Tetapi komisyen sebagai dropship yang saya dapat dalam RM 100-150 sahaja setiap bulan. Habis pada top up dan bayar group yang saya join, begitulah setiap bulan dan saya tak dapat nak capai apa-apa seperti yang diharapkan,” kongsinya.

Perjalanan Kak Mun sebagai usahawan Chocodap’s bermula pada Ogos 2018 selepas ‘terpukau’ melihat ramai usahawan coklat yang berjaya sebelum itu.

“Dalam hati saya macam, biar betul dorang ni. Banyak betul jualan yang usahawan Chocodap’s dapat dengan jual coklat saja. Saya terus join bermula sebagai Dropship dulu. Masa mula-mula dengan modal RM 50 saya dapat tujuh jenis coklat yang dicampur-campur.

“Saya potong kecil-kecil dan bagi taster kepada kawan-kawan suami untuk rasa. Lepastu saya buka tempahan di kampung. Bermula daripada keluarga, saya mula terima tempahan 2 kilogram. Memandangkan waktu itu saya merupakan Dropship, jadi saya akan minta ejen paling dekat lokasi untuk COD ke sana. Masa tu belum ramai ejen lagi, cas penghantaran adakala mencecah RM 20. Fikir semula, macam mahal pula, kesian nak cas kepada family dengan harga macam tu.

“Jadi saya nekad untuk daftar sebagai ejen yang pegang stok. Dengan bermodalkan hampir RM700, saya dapat pegang stok dengan semua perisa. Alhamdulillah, dengan langkah pertama yang dibuat sejak hari itu, saya tidak pernah menyesal. Ternyata saya dapat rasa hasil selesa dengan menjual Chocodap’s sehingga ke hari ini. Alhamdulillah,” tutupnya penuh syukur.

Kak Mun meraih pencapaian hebat pada tahun lalu apabila jualan kumpulan mencecah RM 110,268.50 (Januari- Disember 2020) yang menyaksikan bulan Disember sebagai bulan paling membanggakan apabila jualan kumpulan mencecah RM 30,080.

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment