Tengah sibuk masak, suri rumah teruja terpilih menang RM 500

Baru dua bulan sertai Chocodap’s, nampaknya tuah menyebelahi Aien atau Ainorida Mohd Nazir, baru-baru ini.

Memenangi wang tunai RM 500 semasa sesi live sambutan Kemerdekaan anjuran Chocodap’s pada 31 Ogos lalu, ibu kepada empat anak ini tidak menyangka dapat ‘rezeki terpijak’.

“Sambil tengah LIVE, saya juga tengah memasak. Sambil pegang senduk tiba-tiba dengar nama saya diumumkan, terkejut dibuatnya,” katanya ketawa.

Aien yang menetap di Kedah memberitahu sejak menyertai Chocodap’s, dia menerima pelbagai bentuk rezeki dari pelbagai arah.

“Kalau nak cakap pengalaman berniaga, saya memang tak reti. Tapi sejak bersama Chocodap’s, Allah bantu permudahkan urusan berniaga. Tak susah bagi saya untuk mula berjinak dalam bisnes. Kemenangan duit RM 500 ini juga saya anggap rezeki yang tak ternilai daripadaNYA, syukur sangat,” tuturnya lembut.

Ditanya mengenai perancangan duit kemenangan, Aien memberitahu bakal menggunakan duit berkenaan untuk membuat pembelian stok coklat yang lebih banyak.

Sementara itu, Aien yang bakal berpindah ke Kemaman tidak lama lagi akan terus giat aktif bersama Chocodap’s selepas ini.

“Sekarang saya dan keluarga tinggal di Kedah memandangkan suami ada kerja di sini. Insha Allah saya akan terus aktif mengembangkan bisnes coklat walaupun sudah berpindah ke lokasi lain,” ujarnya memberitahu suaminya merupakan seorang kontraktor.

Untuk Aien, tahniah atas kemenangan & semoga terus sukses bersama Chocodap’s di masa akan datang!

Comments

mood_bad
  • No comments yet.
  • Add a comment